Sunday, October 31, 2010

WoHoWo Mom Workshop Series

Alhamdulillah, WoHoWo 1 sudah pun selesai semalam. Wisma Bling Lustre penuh meriah dengan kehadiran WoHoWo "Mom, Dad & Kids"! Kami selaku penganjur sungguh teruja dengan kerjasama kaum bapa yang turut hadir untuk memberi sokongan kepada isteri dan menjaga anak-anak yang seronok bermain di Bling Lustre.



Apa yang kami kongsikan di WoHoWo 1?

WoHoWo 1 adalah bengkel untuk mereka yang baru mahu berjinak-jinak untuk mencari pendapatan tambahan tanpa perlu meninggalkan pekerjaan yang sediada. Di dalam segmen pertama, kami membedah siasat punca-punca ibu (dan bapa) bekerjaya memerlukan pendapatan tambahan. Selain itu kami juga mengenalpasti mengapa ramai yang masih belum berjaya untuk mencari "side-income" yang sesuai dengan kesibukan bekerja dan menguruskan keluarga.

Segmen seterusnya berkisar tentang "How To.." dan terbahagi kepada dua bahagian. Puan Lyna (Mysuperkids), ibu kepada 2 orang anak ini berkongsi bagaimana beliau membuat duit secara online (blogging). Beliau juga mendedahkan bagaimana ibu bekerjaya yang lain boleh berjaya membuat duit melalui online. Puan Azie pula menceritakan bahagaimana beliau membuat bisnes barangan muslimah di bawah label MaxAzaria Enterprise dan membantu suami menguruskan G Minds Group Sdn Bhd - sebuah syarikat yang memberi latihan keusahawanan memborong dari negara China. Great Minds Training yang ebrnaung di bawah G MInds Group menganjurkan dua program untuk Usahawan Borong China iaitu Guangzhou 101: Kursus Borong China dan Guangzhou 102: Trip Memborong ke China.

Puan Lyna dan Puan Azie masing-masing bertugas sebagai jurutera.



Segmen ketiga diteruskan dengan memberi panduan kepada peserta bagaimana mahu memulakan perniagaan. Elemen-elemen penting yang perlu ada di dalam sesebuah bisnes didedahkan kepada peserta-peserta. Mereka juga diberi tugasan untuk membuat pelan perniagaan masing-masing setelah mendengar perkongsian bagaimana Puan Lyna dan Puan Azie mampu menjana pendapatan tambahan. Segmen keempat mengakhiri bengkel dengan penerangan tentang peluang memantapkan ilmu keusahawanan dan program lanjutan yang disediakan di dalam Siri WoHoWo.

WoHoWo 1 akan kembali lagi di atas permintaan ramai. tarikh seterusnya adalah pada 20 November 2010, Sabtu, 9-1pm di Wisma Bling Lustre, Puchong.



Akhir kata, terima kasih kepada para peserta WoHoWo 1 di atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan di sepanjang WoHoWo 1 semalam. Jumpa lagi di waktu akan datang di platform yang sama insya-Allah. Kami doakan agar suntikan idea yang telah dikongsikan mampu untuk mengubah persepsi masing-masing tentang "kita boleh" dan "kita mampu" untuk melakukan perubahan dengan izin Allah!

Jangan lupa kepada pesanan kami, jadikan Allah sebagai "bisnes partner" kita di dalam bisnes yang diusahakan - Insya-Allah berjaya. Amin.

Sunday, October 17, 2010

Work at Home Working Mom (WoHoWo Mom) Workshop Series


by Mommy Lyna on October 13, 2010

Ramai ibu bekerja yang berminat untuk membuat pendapatan sampingan, tapi ramai juga yang tidak tahu caranya, dan ada juga yang buat sekadar melepaskan batuk di tangga kerana rasa tiada urgensi untuk melakukan kerja-kerja di luar pejabat.

Perlukah seseorang itu, terutama ibu rumahtangga mempunyai pendapatan sampingan?

 

Apakah kerja dari rumah yang sesuai bagi ibu/bapa/mereka yang sibuk, tiada pembantu rumah, beranak kecil, menyusukan anak dan sering rasa tiada masa?

 

Bagaimanakah menguruskan masa untuk membuat kerja dari rumah, sedangkan mempunyai pekerjaan tetap dan menguruskan keluarga?

 

Apakah yang perlu ada bagi seorang ibu yang mahu memulakan kerja dari rumah?

 

Dapatkan jawapan bagi persoalan2 di atas, dan persoalan2 lain dalam siri workshop yang kami susunkan sesuai untuk ibu bekerja yang berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan, dari rumah!
Gunakan masa anda di pejabat untuk menyara kehidupan, dan masa anda di rumah untuk mencapai impian.
Memperkenalkan…

Work at Home Working Mom…

WoHoWo Mom Workshop Series

Siri #1 : WoHoWo Who?

Tarikh : 30&31 Oktober 2010 (both covers same topic, so boleh pilih mana2 tarikh yg sesuai dgn anda)

Tempat : Scriptory Box, Tingkat 1, Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya,Puchong

Masa : 9am-1pm (minum pagi disediakan)

 

Yuran penyertaan : RM 299 RM 199…

RM 70 sahaja!

 

Untuk 3 peserta pertama yang berdaftar dapatkan harga istimewa RM 50 (bagi kedua-dua sesi)
Bagi penyertaan bersama pasangan (suami isteri sahaja), dapatkan harga diskaun RM 120 untuk satu pasangan dan RM 80 untuk satu pasangan early birds.

Insentif menarik untuk peserta bagi siri pertama WoHoWo Mom Workshop Series

- Voucher Diskaun untuk WohoWo Mom Siri #2

- E-book istimewa Mommy Cash by Mommy Lyna worth RM50 (Previously only dimiliki 8 orang saja)

- E-book istimewa Ada Apa Dengan China by Mummy Assie worth RM 50

- Voucher Diskaun Bling Buubies tajaan Bling Boutique

 

Berminat?
Sila isikan nama & alamat email anda dalam borang di bawah.


Daftar untuk WoHoWo Mom Workshop
Cepat, hanya ada 30 seats saja!
*Bengkel ini terbuka kepada wanita/lelaki bekerja yang belum berkahwin atau sudah berkahwin.

Siapa di sebalik WoHoWo Mom?

 

sedikit info tentang mereka…
Mommy Lyna
Seorang jurutera yang juga usahawan yang mula menjalankan perniagaan internet di sekitar tahun 2005, di samping itu mula membina dan mengembangkan blog peribadi untuk berkongsi suka-duka dan pengetahuan tentang pelaburan, kewangan, hartanah, keibubapaan, penyusuan dan isu-isu semasa terutama kepada golongan ‘beginner’. Suka menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh mereka yang di peringkat ‘baru belajar’. Beberapa artikel telah menjadi bahan ilmiah ‘forward’ di email dan featured di beberapa blog dan laman forum.

Mempunyai 2 orang anak berumur 3 tahun dan 2 tahun dan bakal menyambut anak ketiga tahun hadapan. Sangat menyukai pendidikan awal di rumah dan mempraktikkan bersama anak-anak.
Berminat dalam bidang penulisan dan sedang dalam rangka menyiapkan beberapa buah buku. Pernah menghasilkan beberapa buah e-book.

Kini memiliki sebuat butik dan pusat aktiviti, di samping menjadi pengedar aktif produk kesihatan.


Mummy Assie
Seorang jurutera dan usahawan yang memulakan perniagaan internet di sekitar 2004. Memiliki rangkaian butik online di bawah jenama Maxaria yang meliputi butik bayi, butik wanita, butik cermin mata, butik keluarga dan sebagainya.

Mempunyai seorang anak perempuan berumur 2 tahun dan sangat meminati pendidikan awal di rumah dan mempraktikkan bersama anak.

Berminat dalam bidang penulisan dan sedang dalam rangka menyiapkan beberapa buah buku.
Kini aktif dalam menguruskan kursus Borong Barang China, Guangzhou 101 dan lawatan ke China, Guangzhou 102.


*Profil lebih kurang saja. Ini lah namanya birds of the same feather flock together :)


Daftar sekarang! Let’s WoHoWo!!!

 

FAQ :
1) anda boleh bawa anak-anak
2) untuk ‘pasangan’ selain suami isteri, bayaran penuh dikenakan
3) parking adalah percuma
4) konsep yang kami laksanakan ialah ‘classroom at home’
JOMMMM!
*nantikan update WoHoWo mom dari semasa ke semasa



Wednesday, October 13, 2010

Usahawan Perlu Bina Benteng Kebal

Nasihat terbaik yang pernah saya perolehi melalui pembacaan adalah, “Sediakan benteng yang kebal untuk diri dan keluarga kita dengan membuat pelaburan di bidang hartanah”. Sebagai seorang jurutera bekerja sepenuh masa dan juga usahawan sepanjang masa, sebenarnya diri kita ini terdedah kepada risiko dibuang kerja mahupun bisnes yang tidak menjadi. Kedua-dua perkara malang ini adalah diluar kawalan kita. Namun, apa yang boleh kita lakukan adalah menyediakan payung sebelum hujan. Ini kerana langit tidak selalunya cerah, mendung boleh bertandang bila-bila masa sahaja.


Saranan saya untuk semua usahawan/bakal usahawan adalah untuk tidak berhenti mencari ilmu pelaburan di dalam sektor-sektor selain daripada bidang yang diceburi sekarang. Berdasarkan analisis tokoh kewangan tempatan, Tuan Shamsudin Kadir, pelaburan di bidang hartanahlah yang paling kebal dan mampan berbanding cabang pelaburan yang lain. Usahawan perlu mengambil inisiatif untuk belajar tentang cara-cara untuk membuat duit dengan dengan rumah sewa sebagai “back-up plan”.

Menurut respon seorang pembaca di dalam majalah kewangan peribadi tersohor, “Personal Finance” bulan Oktober 2010, trend pelaburan terkini adalah membeli rumah sebagai takaful (insuran) untuk anak-anak. Jika kita mencarum takaful pendidikan untuk anak-anak sejak lahir, 20 tahun kemudian nilainya mungkin mencapai RM20,000. Namun jika kita membeli rumah sewa berharga RM100,000 untuk anak dengan down payment sebanyak RM10,000, nilainya boleh meningkat lebih RM200,000 selepas 20 tahun. Jika anda tahu cara-cara dan tekniknya, anda mampu membeli rumah di bawah harga pasaran tanpa perlu membayar down payment kepada penjual.

Bagaimana dan dari mana mahu bermula? Mulakanlah dengan membaca! Anda pasti menemui jawapan yang anda cari tentang pelaburan hartanah melalui buku-buku di bawah. Kemudian, carilah mentor hartanah yang berjaya dan cedoklah ilmu sebanyak-banyaknya. Dan yang utama sekali, mohon petunjuk dari Allah, Insya-Allah “back-up plan” anda akan menampakkan hasilnya.


Ya, semuanya bermula dengan ilmu melalui pembacaan! Usahawan perlu membaca dan terus membaca. Keuntungan yang diperolehi dari bisnes perlu dilaburkan semula untuk membina kubu yang kebal untuk diri dan keluarga. Mulakan hari ini juga!

Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 16 Oktober 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Tuesday, October 12, 2010

5 Tip Kewangan Dr Irfan Khairi Paling Top


Alhamdulillah, tengah hari tadi saya berkesempatan mendengar Irfan Khairi On Air di Radio24. Topik yang dibawa oleh Dr IK ialah "Rahsia Menjadi Kaya". Insya-Allah akan dikongsikan bersama rahsia-rahsia tersebut di entri yang akan datang. Untuk hari ini, kami kongsikan 5 tip kewangan yang paling digemari ramai oleh Fan Dr IK di FB beliau. 
Sumber: Weblog Dr IK.
Berikut adalah antara 5 tip kewangan TOP di facebook IK (berdasarkan LIKES) ;) :
Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit ;)
PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. “HARTA” tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPUTUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.”
sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?
Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang adalah amat-amat penting dalam hidup!

Menarik bukan? Saya petik kata-kata Dr IK di Radio24 tadi:

 Kekayaan sebenarnya bukanlah berdasarkan berapa banyak wang yang kita HASILkan, tetapi sebenarnya berdasarkan berapa banyak wang yang kita SIMPAN!

Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 16 Oktober 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Monday, October 11, 2010

Barang Dagangan Dari Guangzhou Sudah Tiba!

Alhamdulillah, 11 hari selepas saudagar-saudagar borong berlabuh dari negara China, barang-barang dagangan pun selamat tiba petang Jumaat yang lepas. Semua barang dagangan disimpan rapi di rumah Saudagar Nizar di Wangsa Maju.

Untuk rekod, saudagar yang paling jauh yang tiba dahulu mengambil hasil borongan beliau, tidak lain dan tidak bukan adalah Cikgu Fauzi dari Negeri Sembilan. Seterusnya diikuti dengan Tuan Izzat, Tuan Asri dan Tuan Hisham. Dr Mizam dan Dr Aida, jemput datang minum-minum di rumah kami ya bila berkelapangan :-)


Syukur tidak terhingga kepada Allah kerana mempermudahkan urusan kargo dan semuanya selamat tiba, lebih awal dari yang dijangkakan. Terima kasih juga buat saudagar-saudagar sekalian, semoga perniagaan semakin kencang dan akan bersama kami lagi ke China pada bukan Disember ini, Insya-Allah.

Tuan Nizar dan Tuan Shuaib sibuk memeriksa barangan yang baru tiba.


Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 16 Oktober 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Tuesday, October 5, 2010

Etika Bisnes Rasulullah VS Taktik Peniaga Cina

Peniaga Cina sangat kaya dengan taktik. Orang Melayu kadangkala suka memukul rata dengan mengatakan semua peniaga Cina menggunakan penipuan untuk mendapatkan keuntungan. Ini sebenarnya sangat bertentangan dengan sikap dan jati diri sebenar peniaga Cina yang berjaya.

Taktik yang diguna pakai oleh peniaga Cina pada dasarnya menggunakan konsep menang-menang. Jika ada kelompok yang menggunakan taktik kotor dan seumpanya, sebenarnya peniaga itu hanya merugikan diri sendiri kerana pelanggan akan hilang keyakinan dan kepercayaan. Mustahil peniagaan yang berlandaskan penipuan akan maju dan kekal lama. Mari kita lihat semula kedai-kedai peniaga Cina yang masih lagi beroperasi setelah sekian lama dan kekal utuh. jika dikaji, peniaga-peniaga ini mempunya hubungan yang baik dengan pelanggan. Pelanggan yang sama akan kekal setia dan akan terus menerus berbelanja di kedai yang sama. Bukan itu sahaja, malah anak-anak dan cucu-cucunya juga berbelanja di kedai yang sama. Ini kerana peniaga-peniaga Cina sentiasa berusaha untuk menambat hati pelanggan-pelanggannya dengan sentiasa ramah dan manis muka, memberi diskaun dan hadiah percuma kepada pelanggan setianya. Jarang sekali kita ketemu dengan peniaga Cina yang bermuka masam dan berat mulut apabila pelanggan masuk ke kedai.

Selain itu peniaga Cina sangat teliti dan tekun dalam urusan perniagaan. Sebagai contoh, ramai orang Melayu lebih cendurung untuk memanggil kontraktor Cina bagi membuat ubahsuai rumah, membaiki paip rosak, memasang lampu di rumah, menjahit pakaian dan lain-lain lagi. Ini kerana orang Melayu sendiri yakin percaya dengan hasil kerja kaum Cina. Mengapa ini berlaku? Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana peniaga Cina lebih telus dan jujur dan setiap urusan. Mereka lebih rela mendapat keuntungan yang sedikit asalkan pelanggan gembira dan akan menggunakan khidmat mereka semula di masa akan datang. Lebih menguntungkan ialah pelanggan yang gembira akan menyarankan rakan-rakan dan ahli keluarganya untuk menggunakan perkhidmatan dari peniaga Cina yang sama. Ini merupakan keuntungan berlipat ganda bagi peniaga tersebut hasil daripada sikapnya yang mengambil berat tentang pelanggan-pelanggannya.

Antara sikap yang disenangi oleh pelanggan ialah peniaga Cina membenarkan proses tawar-menawar berlaku. Pelanggan akan berasa seronok dan akan datang kembali apabila peniaga memberikan diskaun (yang munasabah tanpa menyebabkan kerugian) kepada mereka.

Sebenarnya, etika dan taktik yang diamalkan oleh usahawan Cina di dalam bisnes bukanlah sesuatu yang janggal atau asing dengan nilai-nilai Islam. Sebaliknya itulah etika bisnes Islami yang sebenar. Namun tidak ramai usahawan Muslim yang mampu menghayati dan mengamalkan semua etika yang digariskan oleh Islam.

Antara etika bisnes Islami yang perlu ada di dalam setiap bisnes Muslim adalah:
1. Barang/Servis yang diniagakan/diberikan adalah halal di sisi syara'
2. Ramah mesra dengan pelanggan, elakkan tinggi diri dan sombong semasa berurusan dengan pelanggan
3. Saling tolak-ansur, bekerjasama dan sama-sama membantu peniaga Muslim yang lain
4. Sentiasa berkata benar dan jujur. Tidak memberi sumpah/saksi palsu semata-mata untuk meyakinkan pembeli


Buku yang baik untuk dibaca oleh semua Usahawan Muslim ialah "Jejak Bisnes Rasulullah", hasil karya Dr Mohamed Sulaiman dan Tuan Aizuddin Zakaria, terbitan PTS. Berikut adalah sinopsis buku berkenaan:


Nabi Daud pakar bertukang besi. Nabi Sulaiman terkenal dengan kerajaan dan pemerintahannya. Nabi Nuh hebat membangun kapal. Manakala Nabi Isa pula pandai ilmu perubatan. Siapa sangka nabi dan rasul utusan terakhir merupakan insan paling unggul dalam pengurusan bisnes, Muhammad bin Abdullah SAW. Berketurunan Quraisy yang bermaksud 'hartawan'. Jejak Bisnes Rasul, mengajak kita meneropong sejarah tinggalan Muhammad SAW melalui dimensi bisnes. Kita boleh merenung semula cara mengurus manusia dan bisnes yang klasik dan malar segar sepanjang zaman.

Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 16 Oktober 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Perniagaan Tradisional VS Perniagaan Internet

Dipetik dari buku Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan, tulisan Adam Khoo, terbitan PTS.


Di dalam Bab 9: Memulakan Perniagaan yang Mengutungkan Sambil Bekerja, Adam Khoo telah berkongsi pandangan beliau bagaimana kriteria untuk menjalankan perniagaan online yang berjaya. Selain itu mitos-mitos yang berlegar di dalam masyarakat tentang perniagaan internet juga dikupas dengan terperinci.

Menurut Adam Khoo, salah tanggapan masyarakat tentang perniagaan adalah ia mesti melibatkan modal yang besar. Selain itu, bisnes yang dijalankan perlu mempunyai kedai fizikal. Ini adalah anggapan dan agak-agak yang sangat merugikan masyarakat kita. Jika peluang untuk berniaga secara maya tidak diambil peluang dan tidak dimulakan, bagaimana mahu berangan-angan untuk memulakan perniagaan besar-besaran di kedai "brick and mortar"? Jauh panggang dari api.

Tuan Shamsudin Kadir di dalam bukunya, "Makan Gaji Tetapi Kaya" pula ada menyentuh bahawa makan gaji adalah pekerjaan yang paling tidak selamat! Bukan sebaliknya seperti tanggapan orang-orang tua dan ibu bapa kita. Keluarlah dari zon selasa anda sekarang dan mulalah berniaga. Mulakan dengan apa yang ada di tangan bak kata Chef Li, "Biar Kecil Asalkan Berhasil".

Antara langkah awal yang anda perlu lakukan adalah dengan mengintai peluang perniagaan yang ada di kelilinga anda. Tambah ilmu dengan membaca buku-buku yang berkualiti tinggi dan ditulis oleh pakar-pakar perniagaan dan mereka yang sudah berjaya menjadi jutawan dalam bidang keusahawanan. Buka mata dan buka minda, Insya-Allah anda berjaya!

Kami dengan berbesar hati menjemput mereka yang mahu meneroka peluang perniagaan dari China untuk mendaftar ke Kursus Usahawan Borong China kami yang akan diadakan pada 16 Oktober 2010 bersamaan dengan hari Sabtu, jam 2.00 petang. Maklumat lanjut, sila lawati laman web ini.


Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 16 Oktober 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini. 

Monday, October 4, 2010

Amalan Bisnes Orang Cina


Keuntungan perniagaan dilaburkan semula untuk perniagaan bukan untuk kemewahan

Peniaga Cina sangat cermat dalam berbelanja. Setiap sen yang diperoleh hasil daripada aktiviti bisnes mereka akan dilaburkan semula sebagai modal pusingan. Dalam erti kata lain, mereka sangat berdisiplin dan menjaga akaun kira-kira perniagaan dengan teliti.

Berlainan pula dengan sesetengah kelompok peniaga Melayu. Hasil perniagaan dibelanjakan untuk perkara-perkara kemewahan yang bertujuan untuk menunjuk bahawa "bisnes aku sudah maju dan berkembang." Kebanyakan keuntungan bisnes dilambakkan kepada aksesori kereta dan beg-beg dan perabot rumah berjenama mewah.

Nasihat Tuan Ann Wan Seng di dalam bukunya "Rahsia Bisnes Orang Cina" terbitan PTS adalah peniaga baru perlulah bersikap sederhana. Tidak ada gunanya mempunyai premis perniagaan yang cantik, kereta mewah dan berpakaian seperti tokoh koporat besar jika perniagaan lingkup separuh jalan. Semuanya itu akan datang dengan sendiri apabila perniagaan mula stabil dan mendatangkan pulangan yang lumayan. (m/s 34)

Seorang lagi tokoh kewangan tersohor, Tuan Shamsudin Kadir menyarankan langkah untuk mengelakkan kita daripada berbelanja pada perkara-perkara yang tidak perlu adalah dengan tidak membeli dan membaca majalah-majalah yang penuh dengan kemewahan dunia yang sebenarnya di luar kemampuan kita. Sebagai contoh majalah kereta, majalah menghias rumah dan sebagainya. Majalah-majalah ini akan mendorong nafsu kita untuk membuat belian spontan kerana kita terpengaruh dengan paparan menarik di dalamnya.



Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 16 Oktober 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini. 

Lawatan Usahawan Borong Guangzhou 102 Selamat Tiba

Alhamdulillah, rombongan serama 10 orang usahawan-usahawan borong (dan seorang bayi yang juga bakal usahawan, Amin!) telah selamat tiba di LCCT Sepang pada hari Isnin yang lepas. Rombongan yang berlepas pada hari Jumaat yang lalu melibatkan satu kumpulan usahawan borong yang dinamik dan unik. Sinergi dari 3 orang doktor, guru, ahli perniagaan dan jurutera telak memberikan impak yang maksima kepada pengalaman berharga yang mereka timba di sana. Sesungguhnya siapa diri anda sekarang, tag syarikat apa yang anda kalungkan di leher setiap hari dan berapakah jumlah pendapatan bulanan anda adalah bukan alasan dan penghalang untuk menjadi usahawan yang berjaya. Setiap insan yang berusaha dengan penuh kesungguhan akan menjadi usaha-wan yang berjaya dan terbilang. Berhijrahlah ke arah keusahawanan dan dunia bisnes yang Insya-Allah akan menjanjikan 1001 kepuasan.

Kepada Usahawan-usahawan borong Guangzhou 102 September 2010, sekalung tahniah dan syabas kepada semua! Selamat maju jaya dalam bisnes yang diceburi dan semoga ikatan persaudaraan yang terjalin akan semakin utuh.

Antara gambar-gambar di Guangzhou, China:


 Baiyun International Airport. Happy + Excited + Eager.

Bergambar di Makam Saidina Saad B Abi Waqas r.a.

Bergambar di salah sebuah pusat borong. 
Kedai belum dibuka, namun para usahawan sudah berada di hadapan kedai!

Usahawan di sebelah kiri sedang bercongak-congak untuk mengeluarkan wang di ATM. 
Uish, tak cukup duit memborong di Guangzhou nih!

 Burrrp, Alhamdulliah Wa Syukurillah.

Mengambil udara malam di Guangzhou. Thumbs up!

Menunggu metro. This is what we call "Survivor Mode"

Barang-barang untuk dihantar pulang ke Malaysia. 
Usahawan-usahawan borong memang betul-betul memborong.

Atlet-atlet Asia Games 2010 Guangzhou sedang mengambil gambar kenang-kenangan bersama-sama maskot. Selamat tinggal Guangzhou, kami pasti datang lagi! InsyaAllah.


Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua usahawan yang telah memberikan 100% kerjasama sepanjang trip ini diadakan. Pengalaman bersama kesemua usahawan adalah amat berharga dan dihargai oleh kami. Moga-moga persahabatan kita akan berkekalan hendaknya. Semoga sukses dalam bidang perniagaan yang diceburi semua.

Syukur ke hadrat Allah di atas segala apa yang telah di Kurnia-Nya.

Moga-moga segala usaha kita sentiasa di bawah Redha-Nya

Seeru a'la Barakatillah...