Thursday, January 13, 2011

Borong China: Makanan Halal di Guangzhou

Tahukah anda yang Islam dibawa ke China oleh bapa
saudara nabi Sa'ad b Abi Waqas? Rombongan Sa'ad Abi Waqas dan
beberapa sahabat telah dihantar berdakwah ke China oleh
Rasulullah sebelum umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah
lagi.

Masjid Huaisheng, Guangzhou

Kini misi dakwah yang diutus Rasulullah lebih 1400 tahun yang lalu telah melahirkan lebih 136 juta umat Islam di China. Penduduk Muslim warga China boleh didapati di setiap wilayah di negara tersebut. Maka tidak hairanlah jika kita dapati banyak masjid-masjid tertua di dunia boleh dijumpai di China.


Di dalam trip Borong China kami ke Guangzhou, kami akan membawa peserta-peserta untuk melihat dan menghayati sendiri budaya umat Islam China di sana. Peluang ini kami ambil semasa hari pertama program Guangzhou 102 iaitu sewaktu solat Jumaat di Masjid
Saad bin Abi Waqas.
Masjid Saad bin Abi Waqas merupakan antara masjid tertua di China. Di sini terletaknya makam Sa'ad b Abi Waqas. Para peserta juga akan
diberi peluang untuk melawat ke makam beliau. Jika Tuan Puan
berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Islam di
China, dapatkan buku tulisan Tuan Ann Wan Seng, Rahsia Islam Di China, terbitan PTS dari link di ini.

Solat jumaat adalah waktu yang tersibuk di masjid ini kerana
sepanjang jalan ke masjid, kita akan berjumpa banyak gerai-gerai
yang menjual makanan halal dan produk-produk harian lain. Suasana
waktu itu meriah seperti pasar pagi Sabtu di Taman Melawati.
Kesempatan ini akan direbut oleh peserta-peserta kami untuk
merasa makan di kaki jalan Guangzhou dan menikmati kelazatan
makanan halal yang dijual. 



Antara makanan kegemaran kami di "pasar" tersebut adalah sate
kambing dan nasi beriani. Memang power! Rugi rasanya kalau sudah
sampai ke Guangzhou tetapi belum mencuba sate kambing dan nasi
beriani di sini.


Baru-baru ini kami ada mendapat email dari seorang sahabat
bertanya tentang makanan Halal sepanjang program Guangzhou 102.
Mungkin ramai yang keliru dan menganggap susah untuk mencari
restoran Muslim di sana. Jika anda bukan terlalu memilih
tentang makan, Insya-Allah pengalaman "bersantap" di Guangzhou
memang menarik. Di sana bukan setakat restoran Muslim bertaraf
hotel boleh kita temui, malah kedai-kedai tepi jalan seperti
warung juga terdapat di sana. Tepuk perut, tanya selera!


Di dalam program Guangzhou 102, makan malam disediakan buat para
peserta. Dalam trip yang lepas-lepas, para peserta berpeluang
merasa makanan Turki, Arab, Pakistan dan Cina. Kebiasaannya kami
akan bersarapan pagi di bilik hotel masing-masing. Untuk makan
tengahari pula, kami akan membawa para peserta mencuba makanan di
restoran yang tidak dikunjungi pada waktu malam dan
berhampiran dengan Plaza Borong, mengikut permintaan. Dengan ini,
peserta-peserta kami akan mengetahui sekurang-kurangnya 5 tempat
makan halal di Guangzhou dan tahu cara-cara untuk pergi ke sana.
Insya-Allah.


Tujuan ke Guangzhou bukan untuk makan. Tetapi berdasarkan
pengalaman kami yang lalu, topik ini adalah yang sering diajukan
kepada kami. Jadi, buat bakal peserta kami ke sana, jangan risau.
Kewajipan mencari yang halal terletak pada kami selaku penganjur
dan Insya-Allah akan kami tunaikan sebaik mungkin.


Kursus Borong China: Guangzhou 101 15 Januari, Sabtu ini masih
ada 5 kekosongan. Sila hubungi kami jika berminat untuk belajar
cara-cara untuk memborong di Guangzhou. Trip borong ke China yang
terdekat adalah di bulan Mac, 3-7 Mac 2011.


Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 15 Januari 2011. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Saturday, January 8, 2011

Usahawan Borong China: Optimis & Pesimis


Usahawan pesimis nampak penghalang,
Usahawan optimis nampak peluang.


Guangzhou adalah bandar metropolitan yang penuh warna-warni. Di sana terkumpulnya usahawan optimis seluruh China mencari rezeki melalui bisnes. Mengapa di Guangzhou? Kerana di Guangzhoulah pusat tumpuan dunia untuk mencari hampir semua jenis produk perniagaan.

Mengapa kami katakan usahawan warga China di Guangzhou optimis?

Mudah sahaja. Analoginya begini. Cuba anda bayangkan bangunan Mid-Valley MegaMall, Kuala Lumpur di dalam minda anda. Sekarang anda cuba kira ada berapa kedai yang menjual tekstil? Kamdar sahaja bukan! Buktinya ada di website www.midvalley.com.my.


Senarai Retailer Tekstil di Mid Valley 

Kita ambil contoh lain pula, jam tangan. Jumlah kedai yang menjual jam tangan di Mid Valley adalah 10 kedai sahaja. SAHAJA?



Senarai Retailer Jam di Mid Valley 


Usahawan pesimis tidak sukakan persaingan. 10 kedai baginya cukup banyak dan mampu menggangu jualan di kedainya. Bagaimana dengan senario di Guangzhou? . Untuk mereka yang tidak pernah ke Guangzhou, bayangkan semula bangunan Mid Valley tadi. Bayangkan di Guangzhou, bangunan yang lebih besar dari Mid Valley hanya menjual tekstil sahaja. Ya, ribuan kedai di dalam bangunan yang sama menjual tekstil!

Sudahlah lot kedai mereka di Plaza Borong Tekstil sangat kecil berbanding dengan saiz lot kedai biasa di Malaysia, sewanya pula jauh lebih tinggi! Benar bukan, usahawan warga China sangat optimis? Walaupun ramai pesaing menjual tekstil yang hampir serupa, mereka tetap meneruskan perniagaan. Itu bukan alasan untuk mereka mengeluh dan memberi 1001 alasan untuk tidak berniaga. Ini kerana mereka nampak peluang bisnes adalah cerah dan rezeki pasti ada untuk mereka yang berusaha.

Bagaimana pula dengan usahawan pesimis?

Usahawan yang pesimis tidak pernah nampak peluang, hanya penghalang. Mereka masih meneruskan perniagaan, tetapi penuh dengan keluhan dan cemuhan kepada pesaing mereka. Kerja mereka hanya mencari alasan, bukan menguatkan strategi untuk mengukuhkan perniagaan.

Jika anda berpeluang ke Guangzhou, anda juga mungkin akan menjadi salah satu daripada 2 jenis usahawan di atas, optimis atau pesimis. Sebahagian akan nampak banyak peluang perniagaan yang terdapat di China manakala sebahagian lagi hanya nampak penghalang.

Marilah kita berdoa agar Allah melindungi kita daripada nampak terlampau banyak penghalang di dalam dunia bisnes ini sehingga menutup semua peluang yang ada. Nauzubillah.





Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 15 Januari 2011. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru, Laman Web Baru!

Tatkala kita baru sahaja menyambut Tahun Baru 1432 Hijrah tidak lama dahulu, kini Tahun Baru Masehi pula tiba. Alhamdulillah, moga 

Dengan ini kami dengan berbesar hati mahu melancarkan website baru kami, hasil tangan Great Minds Technology. Sila kunjungi:




Insya-Allah, kami akan terus mengemaskini dua laman blog kami  http://Malaysia-2-China.blogspot.com dan http://UsahawanBorongChina.blogspot.com buat tatapan pengunjung setia ke sini.


Jangan lupa untuk mendaftarkan e-mail anda di laman web kami untuk terus mendapat update terbaru dari kami!

Salam mesra dari kami, Tim Great Minds dan semoga Tahun baru ini kita akan terus dipandu oleh Allah ke jalan yang lurus. Amin.


Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 15 Januari 2011. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.