Sunday, November 14, 2010

Kursus Usahawan Borong China November: Selesai!


Alhamdulillah, kursus pada bulan November telah berlabuh tirai pada hari Sabtu yang lepas. Bermula jam 2.30 dan berakhir sewaktu azan magrib, kesemua 9 peserta memberikan komitmen yang sangat tinggi sepanjang kursus berlangsung.

Kami sangat teruja kerana 2 peserta telah pun membeli tiket ke Guangzhou China sehari selepas kursus berakhir! Tahniah kerana memilih untuk bersama kami dalam trip Borong ke Guangzhou Januari 2011 ini. Insya-Allah kami yakin ia adalah suatu pelaburan yang bermanfaat untuk bisnes Tuan/Puan.

Kepada semua yang hadir, gambar-gambar boleh dilihat di laman FB kami.

Jika ada kemusykilan dan soalan, bolehlah berhubung terus dengan Tuan Nizar atau Tuan Shuaib sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Kursus Borong China yang bakal diadakan di bulan Disember 2010 (mungkin yang terakhir untuk tahun ini) akan diadakan pada 4 Desember 2010, Sabtu di Wisma Bling Lustre. Berminat? Hubungi kami untuk mendaftar!

Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 4 Disember 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Thursday, November 11, 2010

Konsep Perniagaan Nasi Padang

Alhamdulillah, tim GMTC yang menyertai expedisi ke Bandung-Jakarta sudah selamat pulang. Banyak pengalaman menarik dari Bandung yang kami peroleh sepanjang 9 hari di sana.

Perkara yang paling mengujakan adalah daya inovasi yang sangat tinggi dapat dilihat pada peniaga makanan di sana. Memandangkan persaingan dalam bisnes adalah sengit kerana kesemuanya menjual makanan yang hampir sama, maka peniaga-peniaga jalanan mahupun restoran besar di Bandung mengambil pelbagai pendekatan kreatif untuk mempelbagaikan produk mereka.  

Sebagai contoh, Bakso dijual dengan pelbagai konsep. Bakto Atom misalnya mencari kelainan dengan memperkenalkan konsep bakso yang bersih dan suci serta bebas pengawet. Niche market Bakso Atom semestinya untuk mereka yang "health concious" dan mencari yang halal dan besih. (halalan wa toyyiban)

Bakso Enggal Malang pula menggunakan konsep "buffet" layan diri yang mana pelanggan memilih sendiri apa yang dia mahukan di dalam Bakso yang diletak terus di dalam mangkuk. Rasa bakso ini sungguh enak dan sungguh menepati citarasa kami. Menariknya, restoran besar ini pada asalnya merupakan sebuah peniagaan jalanan dan akhirnya berkembang maju sehingga kini. Warung asal Bakso Enggal Malang terletak berhadapan dengan restoran besarnya sekarang.

Konsep perniagaan yang paling menarik adalah bisnes restoran nasi padang. Kami berpeluang untuk menjamu selera di 2 buah restoran Nasi Padang di sana, Restoran Mitra Sederhana dan Restoran Simpang Raya. Konsep mereka adalah menghidang sebanyak-banyaknya lauk pauk yang disusun di atas meja pelanggan sebaik sahaja pelanggan duduk. Makanan yang dijamah sahaja yang akan dibilkan. Contohnya, jika di dalam satu pinggan lauk Gulai Lemak Telur diletakkan 3 biji telur, namun kita hanya makan sebiji telur, kita hanya perlu membayar untuk sebiji sahaja. Namun menurut supir yang membawa kami makan ke situ berkata, rakyat Malaysia rata-ratanya salah faham dan menyangka mereka perlu membayar untuk setiap pinggan yang dijamah walaupun bersisa. (tidak habis)

Konsep perniagaan nasi padang yang unik ini sesuai untuk pelanggan yang tidak mempunyai masa untuk menunggu makanan dimasak seperti ala-carte. Selain itu, pelanggan hanya perlu duduk di meja tanpa perlu beratur mengambil makanan ala-buffet seperti kebiasaan di kedai makan yang menjual lauk pauk di Malaysia. Pelayan restoran juga tidak perlu menunggu lama untuk pelanggan membuat pesanan makanan dan membaca menu makanan satu-persatu. Ini kerana semua lauk-pauk yang dimasak dihidangkan di atas meja, terpulang kepada setiap pelanggan samada untuk memakannya ataupun tidak.

Secara keseluruhannya, setiap peniaga perlu kreatif untuk mencipta keunikan di dalam bisnes masing-masing. Kita mungkin menjalankan bisnes barangan yang sama dengan jiran kita, tetapi ianya perlu berbeza dan ada kelainan. Ini akan mewujudkan persaingan yang sihat dan mencetuskan fenomena "Blue Ocean" di dalam bisnes kita.

Sebagai contoh, walaupun ramai yang membuat trip memborong ke negara China, kami mencipta kelainan dengan memperkenalkan konsep "Survivor Mode". Setiap usahawan yang dibawa ke China akan diberi "personal coaching" dan tunjuk ajar untuk menggunakan kenderaan awam di Guangzhou untuk pergi ke plaza-plaza borong di sana. Ini adalah bonus bagi setiap usahawan borong kerana mereka akan lebih berkeyakinan untuk ke China sendirian tanpa memerlukan "tour guide" kerana mereka sudah menguasai perkara asas yang paling utama iaitu sistem pengankutan Guangzhou.

Mahu sertai kami ke China? Daftar sekarang! berikut adalah tarikh-tarikh rombongan ke China yang dibuka untuk pendaftaran:
  • JUNE 2011 : 2/6-6/6 (Open for registration) 
  • MARCH / APRIL 2011 : 30/3-3/4 (Open for registration) 
  • JANUARY 2011 : 6/1- 10/1(Open for registration) 
  • DECEMBER 2010 : 16/12-20/12 (Open for registration. Few more seats available)



Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 13 November 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Tuesday, November 9, 2010

Siapa pernah ke Kursus Borong China GMTC?

Siapa pernah ke Kursus Borong China GMTC?

Mahu berinteraksi secara terus dengan mereka yang pernah menghadiri kursus borong China kami? Mahu tahu mereka yang pernah ke China bersama kami? Caranya mudah sahaja.

Anda hanya "like" kami di FB Page GMTC dan boleh berhubung terus dengan mereka yang pernah ke kursus kami atau bersama kami ke China. Mereka juga akan berkongsi pengalaman mereka memberi barangan dari China dan kos-kos yang berkaitan dengan urusan di sana.

Mengikut rekod, majoriti yang hadir ke kursus borong China anjuran GMTC adalah kakitangan kerajaan/swasta. Mereka mempunyai modal untuk dilaburkan dan ingin berjinak-jinak dalam dunia bisnes. Selain itu mereka juga mempunyai jaringan perniagaan (network) dengan rakan-rakan yang masih bekerja, maka lebih mudah bagi mereka untuk memasarkan produk mereka.

Selain itu, ahli perniagaan yang sudah lama berkecimpung dengan dunia bisnes juga turut serta ke China bersama GMTC. Mereka biasanya sudah mempunyai kedai sendiri dan mencari peluang untuk mengembangkan bisnes masing-masing. Mereka juga sudah punya tujuan untuk mencari barang apa di China, maka mereka akan kekal fokus dan berusaha untuk mendapatkan harga yang jauh lebih murah dari pembekal sediada.

Walau di tahap mana pun anda berada sekarang, mahu memulakan perniagaan atau pun sudah lama berbisnes, peluang di China adalah untuk semua. Rezeki yang terbentang luas oleh Allah perlu diusahakan kerana tidak mungkin ia akan datang bergolek tanpa usaha dan ikhtiar.

Sentiasalah berdoa kepada Allah Ya Razaq agar dimudahkan segala urusan kita untuk berbisnes. Ditemukan dengan produk terbaik, pembekal terbaik, pembeli terbaik dan yang paling penting, cabang bisnes yang terbaik untuk kita usahakan. Amin.

Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 13 November 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.