Sunday, November 14, 2010
Kursus Usahawan Borong China November: Selesai!
Alhamdulillah, kursus pada bulan November telah berlabuh tirai pada hari Sabtu yang lepas. Bermula jam 2.30 dan berakhir sewaktu azan magrib, kesemua 9 peserta memberikan komitmen yang sangat tinggi sepanjang kursus berlangsung.
Kami sangat teruja kerana 2 peserta telah pun membeli tiket ke Guangzhou China sehari selepas kursus berakhir! Tahniah kerana memilih untuk bersama kami dalam trip Borong ke Guangzhou Januari 2011 ini. Insya-Allah kami yakin ia adalah suatu pelaburan yang bermanfaat untuk bisnes Tuan/Puan.
Kepada semua yang hadir, gambar-gambar boleh dilihat di laman FB kami.
Jika ada kemusykilan dan soalan, bolehlah berhubung terus dengan Tuan Nizar atau Tuan Shuaib sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Kursus Borong China yang bakal diadakan di bulan Disember 2010 (mungkin yang terakhir untuk tahun ini) akan diadakan pada 4 Desember 2010, Sabtu di Wisma Bling Lustre. Berminat? Hubungi kami untuk mendaftar!
Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 4 Disember 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.
Labels:
Great Minds Training and Consultancy,
Kursus Borong Dari China,
Kursus Usahawan,
Tambah Pendapatan Sampingan,
Usahawan Melayu,
Usahawan Muslim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment