Thursday, January 13, 2011

Borong China: Makanan Halal di Guangzhou

Tahukah anda yang Islam dibawa ke China oleh bapa
saudara nabi Sa'ad b Abi Waqas? Rombongan Sa'ad Abi Waqas dan
beberapa sahabat telah dihantar berdakwah ke China oleh
Rasulullah sebelum umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah
lagi.

Masjid Huaisheng, Guangzhou

Kini misi dakwah yang diutus Rasulullah lebih 1400 tahun yang lalu telah melahirkan lebih 136 juta umat Islam di China. Penduduk Muslim warga China boleh didapati di setiap wilayah di negara tersebut. Maka tidak hairanlah jika kita dapati banyak masjid-masjid tertua di dunia boleh dijumpai di China.


Di dalam trip Borong China kami ke Guangzhou, kami akan membawa peserta-peserta untuk melihat dan menghayati sendiri budaya umat Islam China di sana. Peluang ini kami ambil semasa hari pertama program Guangzhou 102 iaitu sewaktu solat Jumaat di Masjid
Saad bin Abi Waqas.
Masjid Saad bin Abi Waqas merupakan antara masjid tertua di China. Di sini terletaknya makam Sa'ad b Abi Waqas. Para peserta juga akan
diberi peluang untuk melawat ke makam beliau. Jika Tuan Puan
berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah Islam di
China, dapatkan buku tulisan Tuan Ann Wan Seng, Rahsia Islam Di China, terbitan PTS dari link di ini.

Solat jumaat adalah waktu yang tersibuk di masjid ini kerana
sepanjang jalan ke masjid, kita akan berjumpa banyak gerai-gerai
yang menjual makanan halal dan produk-produk harian lain. Suasana
waktu itu meriah seperti pasar pagi Sabtu di Taman Melawati.
Kesempatan ini akan direbut oleh peserta-peserta kami untuk
merasa makan di kaki jalan Guangzhou dan menikmati kelazatan
makanan halal yang dijual. 



Antara makanan kegemaran kami di "pasar" tersebut adalah sate
kambing dan nasi beriani. Memang power! Rugi rasanya kalau sudah
sampai ke Guangzhou tetapi belum mencuba sate kambing dan nasi
beriani di sini.


Baru-baru ini kami ada mendapat email dari seorang sahabat
bertanya tentang makanan Halal sepanjang program Guangzhou 102.
Mungkin ramai yang keliru dan menganggap susah untuk mencari
restoran Muslim di sana. Jika anda bukan terlalu memilih
tentang makan, Insya-Allah pengalaman "bersantap" di Guangzhou
memang menarik. Di sana bukan setakat restoran Muslim bertaraf
hotel boleh kita temui, malah kedai-kedai tepi jalan seperti
warung juga terdapat di sana. Tepuk perut, tanya selera!


Di dalam program Guangzhou 102, makan malam disediakan buat para
peserta. Dalam trip yang lepas-lepas, para peserta berpeluang
merasa makanan Turki, Arab, Pakistan dan Cina. Kebiasaannya kami
akan bersarapan pagi di bilik hotel masing-masing. Untuk makan
tengahari pula, kami akan membawa para peserta mencuba makanan di
restoran yang tidak dikunjungi pada waktu malam dan
berhampiran dengan Plaza Borong, mengikut permintaan. Dengan ini,
peserta-peserta kami akan mengetahui sekurang-kurangnya 5 tempat
makan halal di Guangzhou dan tahu cara-cara untuk pergi ke sana.
Insya-Allah.


Tujuan ke Guangzhou bukan untuk makan. Tetapi berdasarkan
pengalaman kami yang lalu, topik ini adalah yang sering diajukan
kepada kami. Jadi, buat bakal peserta kami ke sana, jangan risau.
Kewajipan mencari yang halal terletak pada kami selaku penganjur
dan Insya-Allah akan kami tunaikan sebaik mungkin.


Kursus Borong China: Guangzhou 101 15 Januari, Sabtu ini masih
ada 5 kekosongan. Sila hubungi kami jika berminat untuk belajar
cara-cara untuk memborong di Guangzhou. Trip borong ke China yang
terdekat adalah di bulan Mac, 3-7 Mac 2011.


Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 15 Januari 2011. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Saturday, January 8, 2011

Usahawan Borong China: Optimis & Pesimis


Usahawan pesimis nampak penghalang,
Usahawan optimis nampak peluang.


Guangzhou adalah bandar metropolitan yang penuh warna-warni. Di sana terkumpulnya usahawan optimis seluruh China mencari rezeki melalui bisnes. Mengapa di Guangzhou? Kerana di Guangzhoulah pusat tumpuan dunia untuk mencari hampir semua jenis produk perniagaan.

Mengapa kami katakan usahawan warga China di Guangzhou optimis?

Mudah sahaja. Analoginya begini. Cuba anda bayangkan bangunan Mid-Valley MegaMall, Kuala Lumpur di dalam minda anda. Sekarang anda cuba kira ada berapa kedai yang menjual tekstil? Kamdar sahaja bukan! Buktinya ada di website www.midvalley.com.my.


Senarai Retailer Tekstil di Mid Valley 

Kita ambil contoh lain pula, jam tangan. Jumlah kedai yang menjual jam tangan di Mid Valley adalah 10 kedai sahaja. SAHAJA?



Senarai Retailer Jam di Mid Valley 


Usahawan pesimis tidak sukakan persaingan. 10 kedai baginya cukup banyak dan mampu menggangu jualan di kedainya. Bagaimana dengan senario di Guangzhou? . Untuk mereka yang tidak pernah ke Guangzhou, bayangkan semula bangunan Mid Valley tadi. Bayangkan di Guangzhou, bangunan yang lebih besar dari Mid Valley hanya menjual tekstil sahaja. Ya, ribuan kedai di dalam bangunan yang sama menjual tekstil!

Sudahlah lot kedai mereka di Plaza Borong Tekstil sangat kecil berbanding dengan saiz lot kedai biasa di Malaysia, sewanya pula jauh lebih tinggi! Benar bukan, usahawan warga China sangat optimis? Walaupun ramai pesaing menjual tekstil yang hampir serupa, mereka tetap meneruskan perniagaan. Itu bukan alasan untuk mereka mengeluh dan memberi 1001 alasan untuk tidak berniaga. Ini kerana mereka nampak peluang bisnes adalah cerah dan rezeki pasti ada untuk mereka yang berusaha.

Bagaimana pula dengan usahawan pesimis?

Usahawan yang pesimis tidak pernah nampak peluang, hanya penghalang. Mereka masih meneruskan perniagaan, tetapi penuh dengan keluhan dan cemuhan kepada pesaing mereka. Kerja mereka hanya mencari alasan, bukan menguatkan strategi untuk mengukuhkan perniagaan.

Jika anda berpeluang ke Guangzhou, anda juga mungkin akan menjadi salah satu daripada 2 jenis usahawan di atas, optimis atau pesimis. Sebahagian akan nampak banyak peluang perniagaan yang terdapat di China manakala sebahagian lagi hanya nampak penghalang.

Marilah kita berdoa agar Allah melindungi kita daripada nampak terlampau banyak penghalang di dalam dunia bisnes ini sehingga menutup semua peluang yang ada. Nauzubillah.





Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 15 Januari 2011. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Sunday, January 2, 2011

Tahun Baru, Laman Web Baru!

Tatkala kita baru sahaja menyambut Tahun Baru 1432 Hijrah tidak lama dahulu, kini Tahun Baru Masehi pula tiba. Alhamdulillah, moga 

Dengan ini kami dengan berbesar hati mahu melancarkan website baru kami, hasil tangan Great Minds Technology. Sila kunjungi:




Insya-Allah, kami akan terus mengemaskini dua laman blog kami  http://Malaysia-2-China.blogspot.com dan http://UsahawanBorongChina.blogspot.com buat tatapan pengunjung setia ke sini.


Jangan lupa untuk mendaftarkan e-mail anda di laman web kami untuk terus mendapat update terbaru dari kami!

Salam mesra dari kami, Tim Great Minds dan semoga Tahun baru ini kita akan terus dipandu oleh Allah ke jalan yang lurus. Amin.


Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 15 Januari 2011. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Sunday, December 26, 2010

Kisah Benar: Memborong di China Susah?

Salah seorang peserta Guangzhou 102 kami merupakan peniaga barang mainan kanak-kanak. Sewaktu di Guangzhou, beliau telah berkongsi cerita tentang pengalaman beliau di dalam bisnes yang diceburinya.

Selama belasan tahun beliau mendapatkan bekalan produk jualannya dari pembekal di Malaysia. Hampir keseluruhan produk-produk itu adalah "Made In China." Pembekal tersebut memberi komen berikut apabila beliau menyatakan hasrat untuk ke China bagi memborong produk mainannya.

"Mahu memborong di China bukan senang. Mula-mula perlu menaiki kapal terbang ke sebuah Pulau. Kemudian, perlu menaiki lagi sebuah kapal terbang ke sebuah Pulau yang lain barulah jumpa dengan tempat untuk memborong. Urusan penghantaran barang ke Malaysia juga rumit."

Samada pembekal itu mahu menghalang niatnya ke China atau dia tidak maklum yang sudah ada penerbangan terus oleh MAS dan Air-Asia ke bandar borong dunia - Guangzhou, wallahualam.

Setelah mengikuti Trip Borong China: Guangzhou 102 bersama Tim Great Minds, beliau kini yakin yang sebenarnya memborong di China itu mudah! Anda tidak perlu tahu berbahasa Mandarin mahupun Kantonis, dan tidak perlu menggunakan orang tengah untuk membuat belian pertama anda di sana. Tambahan pula dengan penerbangan tambang murah Air-Asia 3 kali sehari, 7 hari seminggu ke Guangzhou, anda memang harus tahu mencari peluang untuk belajar memborong dari China.

Sertai kami di dalam kursus Borong China: Guangzhou 101 Januari ini, bertempat di Wisma Bling Lustre.


Date: 15 January 2011 (Saturday)
Time: 2.00 PM
Venue: Wisma Bling Lustre, Puchong
Course Fee: RM200 (RM180 if you register through our GMTC FB Page)



Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 15 Januari 2011. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Tuesday, December 21, 2010

Guangzhou 101: Bukan Kursus Biasa-biasa

Guangzhou 101 bukan sekadar kursus "biasa-biasa."

Guangzhou 101 merupakan kursus separuh hari yang membincangkan tentang proses memborong barangan dari China menggunakan teknik luar biasa yang telah diformulasi oleh Great Minds Tim. Kursus ini terbahagi kepada 4 modul asas.

Modul pertama, "BE PREPARED: TIPS & TRICKS" merupakan pendedahan eksklusif tentang negara China dan potensi perniagaan yang terdapat di sana. Latarbelakang negara China dan pencapaian China sebagai kuasa gergasi ekonomi dunia dikongsi bersama. Selain itu, urusan sebelum ke China akan diterangkan secara terperinci. Antara yang disentuh adalah pembelian tiket, urusan visa, membuka bank akaun, tukaran wang ke RMB, tip bagasi, keperluan yang perlu dibawa ke China dan bermacam-macam lagi. Peserta juga akan diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mengenalpasti wang palsu. Contoh wang palsu juga akan ditunjukkan kepada para peniaga agar mereka lebih berwaspada semasa berada di sana.

Modul kedua, "SURVIVOR MODE: WELCOME TO CHINA". Di dalam modul ini, para peserta diterangkan secara terperinci tentang kaedah Survivor Mode yang dipolopori oleh Great Minds Tim untuk program Guangzhou 102: Trip Borong China. Lazimnya 85% yang hadir ke Guangzhou 101 akan menyertai Guangzhou 102, maka gambaran awal tentang proses perjalanan di Guangzhou menggunakan metod Survivor ini perlu dihadam oleh bakal peserta. Kaedah SURVIVOR MODE juga telah meletakkan Guangzhou 102 sebagai trip borong China yang berprestasi tinggi. Ini kerana ia berjaya melahirkan ramai usahawan yang mampu menerokai Guangzhou sendirian tanpa pemandu pelancong atau jurubahasa. Sila layari Guangzhou 102 untuk maklumat lanjut. Modul 2 ini juga merangkumi bab Hotel, makanan Halal, sistem pengangkutan di Guangzhou, Plaza-plaza borong dan tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati

Modul ketiga "BONUS MODUL: WHOLESALE PURCHASE" adalah modul bonus di mana para peserta akan dibimbing bagaimana untuk melakukan urusniaga di negara China. Modul ini juga meliputi kaedah berkomunikasi dengan peniaga China, negosiasi, penyediaan bajet kali pertama ke China, cara-cara memilih pembekal dan servis penghantaran barang dari China ke Malaysia.

Module terakhir adalah "BACK TO BASIC: BUSINESS 101". Para trainers akan berkongsi kisah-kisah kejayaan mentor jutawan di Malaysia dan antarabangsa sebagai pencetus motivasi untuk gerak kerja bisnes yang teratur dan berkesan. Selain itu, teknik pemasaran dan panduan pengurusan inventori menggunakan teknik "Exit Plan Strategy" juga akan dikupas. Buku-buku bisnes terbaik untuk rujukan pengusaha bisnes kecil dan sederhana juga akan dimaklumkan kepada peserta.

Di akhir Kursus Borong China: Guangzhou 101 ini, para peserta berpeluang untuk melihat sendiri produk-produk yang boleh diperoleh dari Guangzhou, China. Harga kos setiap barangan juga akan dimaklumkan kepada peserta. Dengan ini para usahawan akan dapat gambaran jelas tentang harga dan kualiti barangan di China.


Jangan tunggu lagi. Daftar tempat anda ke Kursus Borong China: Guangzhou 101 Great Minds hari ini juga! Tarikh terdekat, 15 Januari 2011, bertempat di Wisma Bling Lustre.


Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 15 Januari 2011. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Saturday, December 18, 2010

Borong China: Mahu tapi Malu!

Mahu memborong di China, tapi TIDAK TAHU BAGAIMANA?
Kami akan tunjukkan caranya!

Assalamualaikum Tuan-tuan dan Puan-puan,

Kami yakin Tuan/Puan sedang membaca entry ini masih mencari-cari trip yang terbaik untuk memborong ke negara China.

Kami juga yakin pelaburan yang Tuan/Puan akan keluarkan bukannya sedikit. Pasti segala faktor penting akan diambil kira sebelum membuat sesuatu keputusan. Ini adalah pelaburan jangka panjang untuk bisnes Tuan/Puan, ya, sewajarnya Tuan/Puan membuat kajian terperinci dan menyeluruh sebelum membuat langkah nekad ke China

Di sini kami ingin kongsikan mengapa Tuan/Puan perlu ke China bersama kami.

Ya, tidak dinafikan di luar sana ramai yang membuat trip memborong ke negara China. Walaubagaimanapun kami mencipta kelainan dengan memperkenalkan konsep "Survivor Mode". Setiap usahawan yang dibawa ke China akan diberi "personal coaching" dan tunjuk ajar untuk menggunakan kenderaan awam di Guangzhou untuk pergi ke plaza-plaza borong di sana. 



Ini adalah bonus bagi setiap usahawan borong kerana mereka akan lebih berkeyakinan untuk ke China sendirian selepas itu tanpa memerlukan "tour guide" kerana mereka sudah menguasai perkara asas yang paling utama iaitu sistem pengankutan Guangzhou.

Ya, kaedah ini terbukti berkesan kerana ada peserta-peserta kami dari trip yang lepas sudah pun berjaya pergi ke sana semula selepas menerima bimbingan kami dan berjaya! Mereka tidak tahu berbahasa Mandarin/Kantonis dan kini boleh tersenyum puas kerana pelaburan mereka berbaloi, alhamdulillah.

Mahu sertai kami ke China? Daftar sekarang! berikut adalah tarikh-tarikh rombongan ke China pada tahun 2011 dan telah dibuka untuk pendaftaran:

JUNE 2011 : 2/6-6/6 
MARCH / APRIL 2011 : 3/3-7/3 
JANUARY 2011 : 6/1- 10/1

Kami sangat menggalakkan Tuan/Puan untuk menyertai Kursus Borong China kami, Guangzhou 101 sebelum ke China supaya Tuan/Puan akan lebih yakin dengan servis yang bakal kami berikan di China.

Jika Tuan/Puan tidak berpuas hati dengan kursus kami, kami akan pulangkan semula duit anda, tanpa sebarang persoalan!

Pendaftaran Kursus masih dibuka untuk tarikh 15 Januari 2011, Sabtu bertempat di Wisma Bling Lustre.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mendengar sendiri - ada apa dengan China!


Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 15 Januari 2011. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Wednesday, December 8, 2010

Menjana Pendapatan Sampingan

Souce

Ramai peserta WoHoWo meluahkan perasaan bahawa mereka mahu berhenti kerja dan bekerja dari rumah sepenuh masa. Ini adalah keluhan biasa wanita bekerjaya. Walaubagaimanapun, dengan keadaan ekonomi sekarang, "one-bread-winner" adalah tidak mencukupi. Harga barangan keperluan dapur yang meningkat, yuran tadika, sekolah dan kelas tambahan yang tinggi, harga minyak yang baru sahaja dinaikkan akan menyukarkan lagi seseorang ibu bekerjaya untuk membuat keputusan nekad tersebut.

Selain daripada itu, ramai juga yang masih tertanya-tanya, apakah cara yang terbaik untuk menambah pendapatan yang sediada. Kita sering membaca kidah-kisah kejayaan wanita di luar sana yang berjaya mencipta kejayaan dan kekayaan melalui pendapatan sampingan. Apa yang pasti, peluang untuk menjana pendapatan tambahan sangat luas dan tidak terhad kepada suatu cara sahaja.

Antara kaedah-kaedah yang banyak dipraktiskan adalah seperti berikut:

1. Multi Level Marketing (MLM): Ramai wanita bekerjaya mengambil peluang untuk menjalankan bisnes ini. Ini kerana MLM biasanya dikendalikan oleh syarikat bermodal besar dan mempunyai tim kerja yang ramai. Segala bentuk kaedah pemasaran dan produk sudah tersedia. Mereka yang berminat untuk menyertai skim ini hanya perlu menjalankan kerja turun padang iaitu berjumpa pelanggan dan membuat promosi. Walaubagaimanapun, perkara yang perlu dikenal pasti adalah samada MLM yang dijalankan perlulah mengikut syari'at Islam sebelum menceburkan diri di dalam bidang ini. StormReaders adalah salah satu bentuk MLM yang unik kerana ia menepati kehendak Islam dan berkonsepkan penyebaran ilmu melalui buku.

2. Menjual produk secara online: Sudah menjadi trend semasa, ibu-ibu moden kini sudah berjinak-jinak menjual secara online. Antara produk yang dijual adalah pakaian bayi dan kanak-kanak, beg tangan, pakaian wanita, tudung dan bermacam-macam lagi. Pencek kata, bukan sahaja kedai-kedai online tumbuh seperti cendawan, malah jumlah hasil jualan melalui online juga meningkat kerana pengguna internet Malaysia sekarang sudah yakin untuk membeli secara maya. Produk-produk ini kebanyakannya diambil dari negara China memandangkan China adalah pengeluar utama barangan harian di sekeliling kita. Margin keuntungan juga sangat lumayan dan boleh mencecah 1000%. Di dalam bengkel WoHoWo, kami akan berkongsi tentang peluang perniagaan borong yang ada di negara China.

3. Perkhidmatan, pendidikan dan kemahiran:
Perkhidmatan untuk mengajar tuisyen, menjahit dan membuat kelas jahitan, membuat kek dan muffin dan membuat kelas masakan, membuat kursus membina laman web dan konsultansi adalah antara cara popular untuk menambah pendapatan bagi mereka yang bekerja sepenuh masa. Kaedah ini sesuai dilakukan di hujung minggu dan tidak mengambil masa yang banyak.

4. Membuat duit dengan blog: Ini merupakan suatu peluang yang sangat luas dan masih di kategori "laut biru" bagi rakyat Malaysia. Ramai yang mempunyai blog tetapi majoriti sahaja yang tahu membuat duit melalui blog. Bagi mereka yang mahu meneroka bidang ini, WoHoWo menyediakan platform untuk memberikan latihan dan bimbingan bagi menjadi usahawan "blogger".

4 kaedah di atas adalah antara cara-cara untuk menjana pendapatan sampingan yang popular. Semuanya boleh dibuat secara sambilan dan jika pendapatan yang diperoleh mencecah lebih dua kali ganda daripada gaji dan berterusan selama setahun, ibu-ibu bolehlah tersenyum lega untuk menghantar surat melepaskan jawatan yang sedia ada. Pendapatan yang dijana sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja haruslah sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada gaji. Ini kerana, banyak kemudahan seperti perubatan keluarga yang dulunya ditanggung oleh syarikat kini sudah menjadi tanggungan mutlak kita.


Souce
Oleh yang demikian, jangan tunggu sehingga hari esok untuk mula mengusahakan sesuatu. Mulakan ia hari ini. Berbincanglah dengan suami agar suami juga redha dan sama-sama membantu usaha murni kita untuk mencari pendapatan tambahan.

Carilah mentor yang sudah berjaya sebagai tempat rujukan dan pencetus idea. Rakan niaga yang bersinergi juga diperlukan agar kita sentiasa bersemangat dan tidak mudah putus asa dengan rencam dunia bisnes. Yang paling utama, berdoalah agar Allah memberikan kita ilham perniagaan yang paling serasi dengan kita melalui malaikat-malaikat yang hampir dengan-Nya.

Wallahua'lam.

Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 15 Januari 2011. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Sunday, November 14, 2010

Kursus Usahawan Borong China November: Selesai!


Alhamdulillah, kursus pada bulan November telah berlabuh tirai pada hari Sabtu yang lepas. Bermula jam 2.30 dan berakhir sewaktu azan magrib, kesemua 9 peserta memberikan komitmen yang sangat tinggi sepanjang kursus berlangsung.

Kami sangat teruja kerana 2 peserta telah pun membeli tiket ke Guangzhou China sehari selepas kursus berakhir! Tahniah kerana memilih untuk bersama kami dalam trip Borong ke Guangzhou Januari 2011 ini. Insya-Allah kami yakin ia adalah suatu pelaburan yang bermanfaat untuk bisnes Tuan/Puan.

Kepada semua yang hadir, gambar-gambar boleh dilihat di laman FB kami.

Jika ada kemusykilan dan soalan, bolehlah berhubung terus dengan Tuan Nizar atau Tuan Shuaib sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Kursus Borong China yang bakal diadakan di bulan Disember 2010 (mungkin yang terakhir untuk tahun ini) akan diadakan pada 4 Desember 2010, Sabtu di Wisma Bling Lustre. Berminat? Hubungi kami untuk mendaftar!

Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 4 Disember 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Thursday, November 11, 2010

Konsep Perniagaan Nasi Padang

Alhamdulillah, tim GMTC yang menyertai expedisi ke Bandung-Jakarta sudah selamat pulang. Banyak pengalaman menarik dari Bandung yang kami peroleh sepanjang 9 hari di sana.

Perkara yang paling mengujakan adalah daya inovasi yang sangat tinggi dapat dilihat pada peniaga makanan di sana. Memandangkan persaingan dalam bisnes adalah sengit kerana kesemuanya menjual makanan yang hampir sama, maka peniaga-peniaga jalanan mahupun restoran besar di Bandung mengambil pelbagai pendekatan kreatif untuk mempelbagaikan produk mereka.  

Sebagai contoh, Bakso dijual dengan pelbagai konsep. Bakto Atom misalnya mencari kelainan dengan memperkenalkan konsep bakso yang bersih dan suci serta bebas pengawet. Niche market Bakso Atom semestinya untuk mereka yang "health concious" dan mencari yang halal dan besih. (halalan wa toyyiban)

Bakso Enggal Malang pula menggunakan konsep "buffet" layan diri yang mana pelanggan memilih sendiri apa yang dia mahukan di dalam Bakso yang diletak terus di dalam mangkuk. Rasa bakso ini sungguh enak dan sungguh menepati citarasa kami. Menariknya, restoran besar ini pada asalnya merupakan sebuah peniagaan jalanan dan akhirnya berkembang maju sehingga kini. Warung asal Bakso Enggal Malang terletak berhadapan dengan restoran besarnya sekarang.

Konsep perniagaan yang paling menarik adalah bisnes restoran nasi padang. Kami berpeluang untuk menjamu selera di 2 buah restoran Nasi Padang di sana, Restoran Mitra Sederhana dan Restoran Simpang Raya. Konsep mereka adalah menghidang sebanyak-banyaknya lauk pauk yang disusun di atas meja pelanggan sebaik sahaja pelanggan duduk. Makanan yang dijamah sahaja yang akan dibilkan. Contohnya, jika di dalam satu pinggan lauk Gulai Lemak Telur diletakkan 3 biji telur, namun kita hanya makan sebiji telur, kita hanya perlu membayar untuk sebiji sahaja. Namun menurut supir yang membawa kami makan ke situ berkata, rakyat Malaysia rata-ratanya salah faham dan menyangka mereka perlu membayar untuk setiap pinggan yang dijamah walaupun bersisa. (tidak habis)

Konsep perniagaan nasi padang yang unik ini sesuai untuk pelanggan yang tidak mempunyai masa untuk menunggu makanan dimasak seperti ala-carte. Selain itu, pelanggan hanya perlu duduk di meja tanpa perlu beratur mengambil makanan ala-buffet seperti kebiasaan di kedai makan yang menjual lauk pauk di Malaysia. Pelayan restoran juga tidak perlu menunggu lama untuk pelanggan membuat pesanan makanan dan membaca menu makanan satu-persatu. Ini kerana semua lauk-pauk yang dimasak dihidangkan di atas meja, terpulang kepada setiap pelanggan samada untuk memakannya ataupun tidak.

Secara keseluruhannya, setiap peniaga perlu kreatif untuk mencipta keunikan di dalam bisnes masing-masing. Kita mungkin menjalankan bisnes barangan yang sama dengan jiran kita, tetapi ianya perlu berbeza dan ada kelainan. Ini akan mewujudkan persaingan yang sihat dan mencetuskan fenomena "Blue Ocean" di dalam bisnes kita.

Sebagai contoh, walaupun ramai yang membuat trip memborong ke negara China, kami mencipta kelainan dengan memperkenalkan konsep "Survivor Mode". Setiap usahawan yang dibawa ke China akan diberi "personal coaching" dan tunjuk ajar untuk menggunakan kenderaan awam di Guangzhou untuk pergi ke plaza-plaza borong di sana. Ini adalah bonus bagi setiap usahawan borong kerana mereka akan lebih berkeyakinan untuk ke China sendirian tanpa memerlukan "tour guide" kerana mereka sudah menguasai perkara asas yang paling utama iaitu sistem pengankutan Guangzhou.

Mahu sertai kami ke China? Daftar sekarang! berikut adalah tarikh-tarikh rombongan ke China yang dibuka untuk pendaftaran:
  • JUNE 2011 : 2/6-6/6 (Open for registration) 
  • MARCH / APRIL 2011 : 30/3-3/4 (Open for registration) 
  • JANUARY 2011 : 6/1- 10/1(Open for registration) 
  • DECEMBER 2010 : 16/12-20/12 (Open for registration. Few more seats available)



Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 13 November 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Tuesday, November 9, 2010

Siapa pernah ke Kursus Borong China GMTC?

Siapa pernah ke Kursus Borong China GMTC?

Mahu berinteraksi secara terus dengan mereka yang pernah menghadiri kursus borong China kami? Mahu tahu mereka yang pernah ke China bersama kami? Caranya mudah sahaja.

Anda hanya "like" kami di FB Page GMTC dan boleh berhubung terus dengan mereka yang pernah ke kursus kami atau bersama kami ke China. Mereka juga akan berkongsi pengalaman mereka memberi barangan dari China dan kos-kos yang berkaitan dengan urusan di sana.

Mengikut rekod, majoriti yang hadir ke kursus borong China anjuran GMTC adalah kakitangan kerajaan/swasta. Mereka mempunyai modal untuk dilaburkan dan ingin berjinak-jinak dalam dunia bisnes. Selain itu mereka juga mempunyai jaringan perniagaan (network) dengan rakan-rakan yang masih bekerja, maka lebih mudah bagi mereka untuk memasarkan produk mereka.

Selain itu, ahli perniagaan yang sudah lama berkecimpung dengan dunia bisnes juga turut serta ke China bersama GMTC. Mereka biasanya sudah mempunyai kedai sendiri dan mencari peluang untuk mengembangkan bisnes masing-masing. Mereka juga sudah punya tujuan untuk mencari barang apa di China, maka mereka akan kekal fokus dan berusaha untuk mendapatkan harga yang jauh lebih murah dari pembekal sediada.

Walau di tahap mana pun anda berada sekarang, mahu memulakan perniagaan atau pun sudah lama berbisnes, peluang di China adalah untuk semua. Rezeki yang terbentang luas oleh Allah perlu diusahakan kerana tidak mungkin ia akan datang bergolek tanpa usaha dan ikhtiar.

Sentiasalah berdoa kepada Allah Ya Razaq agar dimudahkan segala urusan kita untuk berbisnes. Ditemukan dengan produk terbaik, pembekal terbaik, pembeli terbaik dan yang paling penting, cabang bisnes yang terbaik untuk kita usahakan. Amin.

Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 13 November 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Sunday, October 31, 2010

WoHoWo Mom Workshop Series

Alhamdulillah, WoHoWo 1 sudah pun selesai semalam. Wisma Bling Lustre penuh meriah dengan kehadiran WoHoWo "Mom, Dad & Kids"! Kami selaku penganjur sungguh teruja dengan kerjasama kaum bapa yang turut hadir untuk memberi sokongan kepada isteri dan menjaga anak-anak yang seronok bermain di Bling Lustre.



Apa yang kami kongsikan di WoHoWo 1?

WoHoWo 1 adalah bengkel untuk mereka yang baru mahu berjinak-jinak untuk mencari pendapatan tambahan tanpa perlu meninggalkan pekerjaan yang sediada. Di dalam segmen pertama, kami membedah siasat punca-punca ibu (dan bapa) bekerjaya memerlukan pendapatan tambahan. Selain itu kami juga mengenalpasti mengapa ramai yang masih belum berjaya untuk mencari "side-income" yang sesuai dengan kesibukan bekerja dan menguruskan keluarga.

Segmen seterusnya berkisar tentang "How To.." dan terbahagi kepada dua bahagian. Puan Lyna (Mysuperkids), ibu kepada 2 orang anak ini berkongsi bagaimana beliau membuat duit secara online (blogging). Beliau juga mendedahkan bagaimana ibu bekerjaya yang lain boleh berjaya membuat duit melalui online. Puan Azie pula menceritakan bahagaimana beliau membuat bisnes barangan muslimah di bawah label MaxAzaria Enterprise dan membantu suami menguruskan G Minds Group Sdn Bhd - sebuah syarikat yang memberi latihan keusahawanan memborong dari negara China. Great Minds Training yang ebrnaung di bawah G MInds Group menganjurkan dua program untuk Usahawan Borong China iaitu Guangzhou 101: Kursus Borong China dan Guangzhou 102: Trip Memborong ke China.

Puan Lyna dan Puan Azie masing-masing bertugas sebagai jurutera.



Segmen ketiga diteruskan dengan memberi panduan kepada peserta bagaimana mahu memulakan perniagaan. Elemen-elemen penting yang perlu ada di dalam sesebuah bisnes didedahkan kepada peserta-peserta. Mereka juga diberi tugasan untuk membuat pelan perniagaan masing-masing setelah mendengar perkongsian bagaimana Puan Lyna dan Puan Azie mampu menjana pendapatan tambahan. Segmen keempat mengakhiri bengkel dengan penerangan tentang peluang memantapkan ilmu keusahawanan dan program lanjutan yang disediakan di dalam Siri WoHoWo.

WoHoWo 1 akan kembali lagi di atas permintaan ramai. tarikh seterusnya adalah pada 20 November 2010, Sabtu, 9-1pm di Wisma Bling Lustre, Puchong.



Akhir kata, terima kasih kepada para peserta WoHoWo 1 di atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan di sepanjang WoHoWo 1 semalam. Jumpa lagi di waktu akan datang di platform yang sama insya-Allah. Kami doakan agar suntikan idea yang telah dikongsikan mampu untuk mengubah persepsi masing-masing tentang "kita boleh" dan "kita mampu" untuk melakukan perubahan dengan izin Allah!

Jangan lupa kepada pesanan kami, jadikan Allah sebagai "bisnes partner" kita di dalam bisnes yang diusahakan - Insya-Allah berjaya. Amin.

Sunday, October 17, 2010

Work at Home Working Mom (WoHoWo Mom) Workshop Series


by Mommy Lyna on October 13, 2010

Ramai ibu bekerja yang berminat untuk membuat pendapatan sampingan, tapi ramai juga yang tidak tahu caranya, dan ada juga yang buat sekadar melepaskan batuk di tangga kerana rasa tiada urgensi untuk melakukan kerja-kerja di luar pejabat.

Perlukah seseorang itu, terutama ibu rumahtangga mempunyai pendapatan sampingan?

 

Apakah kerja dari rumah yang sesuai bagi ibu/bapa/mereka yang sibuk, tiada pembantu rumah, beranak kecil, menyusukan anak dan sering rasa tiada masa?

 

Bagaimanakah menguruskan masa untuk membuat kerja dari rumah, sedangkan mempunyai pekerjaan tetap dan menguruskan keluarga?

 

Apakah yang perlu ada bagi seorang ibu yang mahu memulakan kerja dari rumah?

 

Dapatkan jawapan bagi persoalan2 di atas, dan persoalan2 lain dalam siri workshop yang kami susunkan sesuai untuk ibu bekerja yang berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan, dari rumah!
Gunakan masa anda di pejabat untuk menyara kehidupan, dan masa anda di rumah untuk mencapai impian.
Memperkenalkan…

Work at Home Working Mom…

WoHoWo Mom Workshop Series

Siri #1 : WoHoWo Who?

Tarikh : 30&31 Oktober 2010 (both covers same topic, so boleh pilih mana2 tarikh yg sesuai dgn anda)

Tempat : Scriptory Box, Tingkat 1, Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya,Puchong

Masa : 9am-1pm (minum pagi disediakan)

 

Yuran penyertaan : RM 299 RM 199…

RM 70 sahaja!

 

Untuk 3 peserta pertama yang berdaftar dapatkan harga istimewa RM 50 (bagi kedua-dua sesi)
Bagi penyertaan bersama pasangan (suami isteri sahaja), dapatkan harga diskaun RM 120 untuk satu pasangan dan RM 80 untuk satu pasangan early birds.

Insentif menarik untuk peserta bagi siri pertama WoHoWo Mom Workshop Series

- Voucher Diskaun untuk WohoWo Mom Siri #2

- E-book istimewa Mommy Cash by Mommy Lyna worth RM50 (Previously only dimiliki 8 orang saja)

- E-book istimewa Ada Apa Dengan China by Mummy Assie worth RM 50

- Voucher Diskaun Bling Buubies tajaan Bling Boutique

 

Berminat?
Sila isikan nama & alamat email anda dalam borang di bawah.


Daftar untuk WoHoWo Mom Workshop
Cepat, hanya ada 30 seats saja!
*Bengkel ini terbuka kepada wanita/lelaki bekerja yang belum berkahwin atau sudah berkahwin.

Siapa di sebalik WoHoWo Mom?

 

sedikit info tentang mereka…
Mommy Lyna
Seorang jurutera yang juga usahawan yang mula menjalankan perniagaan internet di sekitar tahun 2005, di samping itu mula membina dan mengembangkan blog peribadi untuk berkongsi suka-duka dan pengetahuan tentang pelaburan, kewangan, hartanah, keibubapaan, penyusuan dan isu-isu semasa terutama kepada golongan ‘beginner’. Suka menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh mereka yang di peringkat ‘baru belajar’. Beberapa artikel telah menjadi bahan ilmiah ‘forward’ di email dan featured di beberapa blog dan laman forum.

Mempunyai 2 orang anak berumur 3 tahun dan 2 tahun dan bakal menyambut anak ketiga tahun hadapan. Sangat menyukai pendidikan awal di rumah dan mempraktikkan bersama anak-anak.
Berminat dalam bidang penulisan dan sedang dalam rangka menyiapkan beberapa buah buku. Pernah menghasilkan beberapa buah e-book.

Kini memiliki sebuat butik dan pusat aktiviti, di samping menjadi pengedar aktif produk kesihatan.


Mummy Assie
Seorang jurutera dan usahawan yang memulakan perniagaan internet di sekitar 2004. Memiliki rangkaian butik online di bawah jenama Maxaria yang meliputi butik bayi, butik wanita, butik cermin mata, butik keluarga dan sebagainya.

Mempunyai seorang anak perempuan berumur 2 tahun dan sangat meminati pendidikan awal di rumah dan mempraktikkan bersama anak.

Berminat dalam bidang penulisan dan sedang dalam rangka menyiapkan beberapa buah buku.
Kini aktif dalam menguruskan kursus Borong Barang China, Guangzhou 101 dan lawatan ke China, Guangzhou 102.


*Profil lebih kurang saja. Ini lah namanya birds of the same feather flock together :)


Daftar sekarang! Let’s WoHoWo!!!

 

FAQ :
1) anda boleh bawa anak-anak
2) untuk ‘pasangan’ selain suami isteri, bayaran penuh dikenakan
3) parking adalah percuma
4) konsep yang kami laksanakan ialah ‘classroom at home’
JOMMMM!
*nantikan update WoHoWo mom dari semasa ke semasa



Wednesday, October 13, 2010

Usahawan Perlu Bina Benteng Kebal

Nasihat terbaik yang pernah saya perolehi melalui pembacaan adalah, “Sediakan benteng yang kebal untuk diri dan keluarga kita dengan membuat pelaburan di bidang hartanah”. Sebagai seorang jurutera bekerja sepenuh masa dan juga usahawan sepanjang masa, sebenarnya diri kita ini terdedah kepada risiko dibuang kerja mahupun bisnes yang tidak menjadi. Kedua-dua perkara malang ini adalah diluar kawalan kita. Namun, apa yang boleh kita lakukan adalah menyediakan payung sebelum hujan. Ini kerana langit tidak selalunya cerah, mendung boleh bertandang bila-bila masa sahaja.


Saranan saya untuk semua usahawan/bakal usahawan adalah untuk tidak berhenti mencari ilmu pelaburan di dalam sektor-sektor selain daripada bidang yang diceburi sekarang. Berdasarkan analisis tokoh kewangan tempatan, Tuan Shamsudin Kadir, pelaburan di bidang hartanahlah yang paling kebal dan mampan berbanding cabang pelaburan yang lain. Usahawan perlu mengambil inisiatif untuk belajar tentang cara-cara untuk membuat duit dengan dengan rumah sewa sebagai “back-up plan”.

Menurut respon seorang pembaca di dalam majalah kewangan peribadi tersohor, “Personal Finance” bulan Oktober 2010, trend pelaburan terkini adalah membeli rumah sebagai takaful (insuran) untuk anak-anak. Jika kita mencarum takaful pendidikan untuk anak-anak sejak lahir, 20 tahun kemudian nilainya mungkin mencapai RM20,000. Namun jika kita membeli rumah sewa berharga RM100,000 untuk anak dengan down payment sebanyak RM10,000, nilainya boleh meningkat lebih RM200,000 selepas 20 tahun. Jika anda tahu cara-cara dan tekniknya, anda mampu membeli rumah di bawah harga pasaran tanpa perlu membayar down payment kepada penjual.

Bagaimana dan dari mana mahu bermula? Mulakanlah dengan membaca! Anda pasti menemui jawapan yang anda cari tentang pelaburan hartanah melalui buku-buku di bawah. Kemudian, carilah mentor hartanah yang berjaya dan cedoklah ilmu sebanyak-banyaknya. Dan yang utama sekali, mohon petunjuk dari Allah, Insya-Allah “back-up plan” anda akan menampakkan hasilnya.


Ya, semuanya bermula dengan ilmu melalui pembacaan! Usahawan perlu membaca dan terus membaca. Keuntungan yang diperolehi dari bisnes perlu dilaburkan semula untuk membina kubu yang kebal untuk diri dan keluarga. Mulakan hari ini juga!

Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 16 Oktober 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.