Showing posts with label Tip Menjadi Usahawan Borong China. Show all posts
Showing posts with label Tip Menjadi Usahawan Borong China. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

Siapa pernah ke Kursus Borong China GMTC?

Siapa pernah ke Kursus Borong China GMTC?

Mahu berinteraksi secara terus dengan mereka yang pernah menghadiri kursus borong China kami? Mahu tahu mereka yang pernah ke China bersama kami? Caranya mudah sahaja.

Anda hanya "like" kami di FB Page GMTC dan boleh berhubung terus dengan mereka yang pernah ke kursus kami atau bersama kami ke China. Mereka juga akan berkongsi pengalaman mereka memberi barangan dari China dan kos-kos yang berkaitan dengan urusan di sana.

Mengikut rekod, majoriti yang hadir ke kursus borong China anjuran GMTC adalah kakitangan kerajaan/swasta. Mereka mempunyai modal untuk dilaburkan dan ingin berjinak-jinak dalam dunia bisnes. Selain itu mereka juga mempunyai jaringan perniagaan (network) dengan rakan-rakan yang masih bekerja, maka lebih mudah bagi mereka untuk memasarkan produk mereka.

Selain itu, ahli perniagaan yang sudah lama berkecimpung dengan dunia bisnes juga turut serta ke China bersama GMTC. Mereka biasanya sudah mempunyai kedai sendiri dan mencari peluang untuk mengembangkan bisnes masing-masing. Mereka juga sudah punya tujuan untuk mencari barang apa di China, maka mereka akan kekal fokus dan berusaha untuk mendapatkan harga yang jauh lebih murah dari pembekal sediada.

Walau di tahap mana pun anda berada sekarang, mahu memulakan perniagaan atau pun sudah lama berbisnes, peluang di China adalah untuk semua. Rezeki yang terbentang luas oleh Allah perlu diusahakan kerana tidak mungkin ia akan datang bergolek tanpa usaha dan ikhtiar.

Sentiasalah berdoa kepada Allah Ya Razaq agar dimudahkan segala urusan kita untuk berbisnes. Ditemukan dengan produk terbaik, pembekal terbaik, pembeli terbaik dan yang paling penting, cabang bisnes yang terbaik untuk kita usahakan. Amin.

Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 13 November 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Sunday, October 31, 2010

WoHoWo Mom Workshop Series

Alhamdulillah, WoHoWo 1 sudah pun selesai semalam. Wisma Bling Lustre penuh meriah dengan kehadiran WoHoWo "Mom, Dad & Kids"! Kami selaku penganjur sungguh teruja dengan kerjasama kaum bapa yang turut hadir untuk memberi sokongan kepada isteri dan menjaga anak-anak yang seronok bermain di Bling Lustre.



Apa yang kami kongsikan di WoHoWo 1?

WoHoWo 1 adalah bengkel untuk mereka yang baru mahu berjinak-jinak untuk mencari pendapatan tambahan tanpa perlu meninggalkan pekerjaan yang sediada. Di dalam segmen pertama, kami membedah siasat punca-punca ibu (dan bapa) bekerjaya memerlukan pendapatan tambahan. Selain itu kami juga mengenalpasti mengapa ramai yang masih belum berjaya untuk mencari "side-income" yang sesuai dengan kesibukan bekerja dan menguruskan keluarga.

Segmen seterusnya berkisar tentang "How To.." dan terbahagi kepada dua bahagian. Puan Lyna (Mysuperkids), ibu kepada 2 orang anak ini berkongsi bagaimana beliau membuat duit secara online (blogging). Beliau juga mendedahkan bagaimana ibu bekerjaya yang lain boleh berjaya membuat duit melalui online. Puan Azie pula menceritakan bahagaimana beliau membuat bisnes barangan muslimah di bawah label MaxAzaria Enterprise dan membantu suami menguruskan G Minds Group Sdn Bhd - sebuah syarikat yang memberi latihan keusahawanan memborong dari negara China. Great Minds Training yang ebrnaung di bawah G MInds Group menganjurkan dua program untuk Usahawan Borong China iaitu Guangzhou 101: Kursus Borong China dan Guangzhou 102: Trip Memborong ke China.

Puan Lyna dan Puan Azie masing-masing bertugas sebagai jurutera.



Segmen ketiga diteruskan dengan memberi panduan kepada peserta bagaimana mahu memulakan perniagaan. Elemen-elemen penting yang perlu ada di dalam sesebuah bisnes didedahkan kepada peserta-peserta. Mereka juga diberi tugasan untuk membuat pelan perniagaan masing-masing setelah mendengar perkongsian bagaimana Puan Lyna dan Puan Azie mampu menjana pendapatan tambahan. Segmen keempat mengakhiri bengkel dengan penerangan tentang peluang memantapkan ilmu keusahawanan dan program lanjutan yang disediakan di dalam Siri WoHoWo.

WoHoWo 1 akan kembali lagi di atas permintaan ramai. tarikh seterusnya adalah pada 20 November 2010, Sabtu, 9-1pm di Wisma Bling Lustre, Puchong.



Akhir kata, terima kasih kepada para peserta WoHoWo 1 di atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan di sepanjang WoHoWo 1 semalam. Jumpa lagi di waktu akan datang di platform yang sama insya-Allah. Kami doakan agar suntikan idea yang telah dikongsikan mampu untuk mengubah persepsi masing-masing tentang "kita boleh" dan "kita mampu" untuk melakukan perubahan dengan izin Allah!

Jangan lupa kepada pesanan kami, jadikan Allah sebagai "bisnes partner" kita di dalam bisnes yang diusahakan - Insya-Allah berjaya. Amin.

Sunday, October 17, 2010

Work at Home Working Mom (WoHoWo Mom) Workshop Series


by Mommy Lyna on October 13, 2010

Ramai ibu bekerja yang berminat untuk membuat pendapatan sampingan, tapi ramai juga yang tidak tahu caranya, dan ada juga yang buat sekadar melepaskan batuk di tangga kerana rasa tiada urgensi untuk melakukan kerja-kerja di luar pejabat.

Perlukah seseorang itu, terutama ibu rumahtangga mempunyai pendapatan sampingan?

 

Apakah kerja dari rumah yang sesuai bagi ibu/bapa/mereka yang sibuk, tiada pembantu rumah, beranak kecil, menyusukan anak dan sering rasa tiada masa?

 

Bagaimanakah menguruskan masa untuk membuat kerja dari rumah, sedangkan mempunyai pekerjaan tetap dan menguruskan keluarga?

 

Apakah yang perlu ada bagi seorang ibu yang mahu memulakan kerja dari rumah?

 

Dapatkan jawapan bagi persoalan2 di atas, dan persoalan2 lain dalam siri workshop yang kami susunkan sesuai untuk ibu bekerja yang berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan, dari rumah!
Gunakan masa anda di pejabat untuk menyara kehidupan, dan masa anda di rumah untuk mencapai impian.
Memperkenalkan…

Work at Home Working Mom…

WoHoWo Mom Workshop Series

Siri #1 : WoHoWo Who?

Tarikh : 30&31 Oktober 2010 (both covers same topic, so boleh pilih mana2 tarikh yg sesuai dgn anda)

Tempat : Scriptory Box, Tingkat 1, Wisma Bling Lustre, Tmn Meranti Jaya,Puchong

Masa : 9am-1pm (minum pagi disediakan)

 

Yuran penyertaan : RM 299 RM 199…

RM 70 sahaja!

 

Untuk 3 peserta pertama yang berdaftar dapatkan harga istimewa RM 50 (bagi kedua-dua sesi)
Bagi penyertaan bersama pasangan (suami isteri sahaja), dapatkan harga diskaun RM 120 untuk satu pasangan dan RM 80 untuk satu pasangan early birds.

Insentif menarik untuk peserta bagi siri pertama WoHoWo Mom Workshop Series

- Voucher Diskaun untuk WohoWo Mom Siri #2

- E-book istimewa Mommy Cash by Mommy Lyna worth RM50 (Previously only dimiliki 8 orang saja)

- E-book istimewa Ada Apa Dengan China by Mummy Assie worth RM 50

- Voucher Diskaun Bling Buubies tajaan Bling Boutique

 

Berminat?
Sila isikan nama & alamat email anda dalam borang di bawah.


Daftar untuk WoHoWo Mom Workshop
Cepat, hanya ada 30 seats saja!
*Bengkel ini terbuka kepada wanita/lelaki bekerja yang belum berkahwin atau sudah berkahwin.

Siapa di sebalik WoHoWo Mom?

 

sedikit info tentang mereka…
Mommy Lyna
Seorang jurutera yang juga usahawan yang mula menjalankan perniagaan internet di sekitar tahun 2005, di samping itu mula membina dan mengembangkan blog peribadi untuk berkongsi suka-duka dan pengetahuan tentang pelaburan, kewangan, hartanah, keibubapaan, penyusuan dan isu-isu semasa terutama kepada golongan ‘beginner’. Suka menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh mereka yang di peringkat ‘baru belajar’. Beberapa artikel telah menjadi bahan ilmiah ‘forward’ di email dan featured di beberapa blog dan laman forum.

Mempunyai 2 orang anak berumur 3 tahun dan 2 tahun dan bakal menyambut anak ketiga tahun hadapan. Sangat menyukai pendidikan awal di rumah dan mempraktikkan bersama anak-anak.
Berminat dalam bidang penulisan dan sedang dalam rangka menyiapkan beberapa buah buku. Pernah menghasilkan beberapa buah e-book.

Kini memiliki sebuat butik dan pusat aktiviti, di samping menjadi pengedar aktif produk kesihatan.


Mummy Assie
Seorang jurutera dan usahawan yang memulakan perniagaan internet di sekitar 2004. Memiliki rangkaian butik online di bawah jenama Maxaria yang meliputi butik bayi, butik wanita, butik cermin mata, butik keluarga dan sebagainya.

Mempunyai seorang anak perempuan berumur 2 tahun dan sangat meminati pendidikan awal di rumah dan mempraktikkan bersama anak.

Berminat dalam bidang penulisan dan sedang dalam rangka menyiapkan beberapa buah buku.
Kini aktif dalam menguruskan kursus Borong Barang China, Guangzhou 101 dan lawatan ke China, Guangzhou 102.


*Profil lebih kurang saja. Ini lah namanya birds of the same feather flock together :)


Daftar sekarang! Let’s WoHoWo!!!

 

FAQ :
1) anda boleh bawa anak-anak
2) untuk ‘pasangan’ selain suami isteri, bayaran penuh dikenakan
3) parking adalah percuma
4) konsep yang kami laksanakan ialah ‘classroom at home’
JOMMMM!
*nantikan update WoHoWo mom dari semasa ke semasa



Tuesday, October 5, 2010

Etika Bisnes Rasulullah VS Taktik Peniaga Cina

Peniaga Cina sangat kaya dengan taktik. Orang Melayu kadangkala suka memukul rata dengan mengatakan semua peniaga Cina menggunakan penipuan untuk mendapatkan keuntungan. Ini sebenarnya sangat bertentangan dengan sikap dan jati diri sebenar peniaga Cina yang berjaya.

Taktik yang diguna pakai oleh peniaga Cina pada dasarnya menggunakan konsep menang-menang. Jika ada kelompok yang menggunakan taktik kotor dan seumpanya, sebenarnya peniaga itu hanya merugikan diri sendiri kerana pelanggan akan hilang keyakinan dan kepercayaan. Mustahil peniagaan yang berlandaskan penipuan akan maju dan kekal lama. Mari kita lihat semula kedai-kedai peniaga Cina yang masih lagi beroperasi setelah sekian lama dan kekal utuh. jika dikaji, peniaga-peniaga ini mempunya hubungan yang baik dengan pelanggan. Pelanggan yang sama akan kekal setia dan akan terus menerus berbelanja di kedai yang sama. Bukan itu sahaja, malah anak-anak dan cucu-cucunya juga berbelanja di kedai yang sama. Ini kerana peniaga-peniaga Cina sentiasa berusaha untuk menambat hati pelanggan-pelanggannya dengan sentiasa ramah dan manis muka, memberi diskaun dan hadiah percuma kepada pelanggan setianya. Jarang sekali kita ketemu dengan peniaga Cina yang bermuka masam dan berat mulut apabila pelanggan masuk ke kedai.

Selain itu peniaga Cina sangat teliti dan tekun dalam urusan perniagaan. Sebagai contoh, ramai orang Melayu lebih cendurung untuk memanggil kontraktor Cina bagi membuat ubahsuai rumah, membaiki paip rosak, memasang lampu di rumah, menjahit pakaian dan lain-lain lagi. Ini kerana orang Melayu sendiri yakin percaya dengan hasil kerja kaum Cina. Mengapa ini berlaku? Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana peniaga Cina lebih telus dan jujur dan setiap urusan. Mereka lebih rela mendapat keuntungan yang sedikit asalkan pelanggan gembira dan akan menggunakan khidmat mereka semula di masa akan datang. Lebih menguntungkan ialah pelanggan yang gembira akan menyarankan rakan-rakan dan ahli keluarganya untuk menggunakan perkhidmatan dari peniaga Cina yang sama. Ini merupakan keuntungan berlipat ganda bagi peniaga tersebut hasil daripada sikapnya yang mengambil berat tentang pelanggan-pelanggannya.

Antara sikap yang disenangi oleh pelanggan ialah peniaga Cina membenarkan proses tawar-menawar berlaku. Pelanggan akan berasa seronok dan akan datang kembali apabila peniaga memberikan diskaun (yang munasabah tanpa menyebabkan kerugian) kepada mereka.

Sebenarnya, etika dan taktik yang diamalkan oleh usahawan Cina di dalam bisnes bukanlah sesuatu yang janggal atau asing dengan nilai-nilai Islam. Sebaliknya itulah etika bisnes Islami yang sebenar. Namun tidak ramai usahawan Muslim yang mampu menghayati dan mengamalkan semua etika yang digariskan oleh Islam.

Antara etika bisnes Islami yang perlu ada di dalam setiap bisnes Muslim adalah:
1. Barang/Servis yang diniagakan/diberikan adalah halal di sisi syara'
2. Ramah mesra dengan pelanggan, elakkan tinggi diri dan sombong semasa berurusan dengan pelanggan
3. Saling tolak-ansur, bekerjasama dan sama-sama membantu peniaga Muslim yang lain
4. Sentiasa berkata benar dan jujur. Tidak memberi sumpah/saksi palsu semata-mata untuk meyakinkan pembeli


Buku yang baik untuk dibaca oleh semua Usahawan Muslim ialah "Jejak Bisnes Rasulullah", hasil karya Dr Mohamed Sulaiman dan Tuan Aizuddin Zakaria, terbitan PTS. Berikut adalah sinopsis buku berkenaan:


Nabi Daud pakar bertukang besi. Nabi Sulaiman terkenal dengan kerajaan dan pemerintahannya. Nabi Nuh hebat membangun kapal. Manakala Nabi Isa pula pandai ilmu perubatan. Siapa sangka nabi dan rasul utusan terakhir merupakan insan paling unggul dalam pengurusan bisnes, Muhammad bin Abdullah SAW. Berketurunan Quraisy yang bermaksud 'hartawan'. Jejak Bisnes Rasul, mengajak kita meneropong sejarah tinggalan Muhammad SAW melalui dimensi bisnes. Kita boleh merenung semula cara mengurus manusia dan bisnes yang klasik dan malar segar sepanjang zaman.

Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 16 Oktober 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Perniagaan Tradisional VS Perniagaan Internet

Dipetik dari buku Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan, tulisan Adam Khoo, terbitan PTS.


Di dalam Bab 9: Memulakan Perniagaan yang Mengutungkan Sambil Bekerja, Adam Khoo telah berkongsi pandangan beliau bagaimana kriteria untuk menjalankan perniagaan online yang berjaya. Selain itu mitos-mitos yang berlegar di dalam masyarakat tentang perniagaan internet juga dikupas dengan terperinci.

Menurut Adam Khoo, salah tanggapan masyarakat tentang perniagaan adalah ia mesti melibatkan modal yang besar. Selain itu, bisnes yang dijalankan perlu mempunyai kedai fizikal. Ini adalah anggapan dan agak-agak yang sangat merugikan masyarakat kita. Jika peluang untuk berniaga secara maya tidak diambil peluang dan tidak dimulakan, bagaimana mahu berangan-angan untuk memulakan perniagaan besar-besaran di kedai "brick and mortar"? Jauh panggang dari api.

Tuan Shamsudin Kadir di dalam bukunya, "Makan Gaji Tetapi Kaya" pula ada menyentuh bahawa makan gaji adalah pekerjaan yang paling tidak selamat! Bukan sebaliknya seperti tanggapan orang-orang tua dan ibu bapa kita. Keluarlah dari zon selasa anda sekarang dan mulalah berniaga. Mulakan dengan apa yang ada di tangan bak kata Chef Li, "Biar Kecil Asalkan Berhasil".

Antara langkah awal yang anda perlu lakukan adalah dengan mengintai peluang perniagaan yang ada di kelilinga anda. Tambah ilmu dengan membaca buku-buku yang berkualiti tinggi dan ditulis oleh pakar-pakar perniagaan dan mereka yang sudah berjaya menjadi jutawan dalam bidang keusahawanan. Buka mata dan buka minda, Insya-Allah anda berjaya!

Kami dengan berbesar hati menjemput mereka yang mahu meneroka peluang perniagaan dari China untuk mendaftar ke Kursus Usahawan Borong China kami yang akan diadakan pada 16 Oktober 2010 bersamaan dengan hari Sabtu, jam 2.00 petang. Maklumat lanjut, sila lawati laman web ini.


Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 16 Oktober 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini. 

Friday, August 20, 2010

Mengapa Usahawan Melayu Lambat Kaya?

Pernahkah anda tertanya mengapa ramai usahawan Melayu yang sudah lama berkecimpung di dalam bisnes masih belum kaya-raya?

Pernahkah anda berjumpa dengan pelajar berbangsa Cina dari Malaysia yang belajar di luar negara di bawah tajaan FAMA (Father and Mother)? Setelah berbual lama baru anda ketahui bahawa ayahnya adalah seorang peniaga kedai runcit dan ibunya seorang surirumah, bukanlah anak Dato' YTL yang anda sangkakan di awal pertemuan?

Mengapa ia berlaku?

Jawapannya sangat mudah.

Kebanyakan usahawan Melayu berbelanja hasil daripada keuntungan bisnes dengan membeli liabiliti. Sebagai contoh, membeli kereta mewah di luar kemampuan sendiri, membesarkan (renovate) rumah dan menghiasinya dengan perabot mewah serta mula berjinak-jinak dengan hobi yang mahal. Dalam erti kata lain, mereka mula menukar gaya hidup setelah merasa "secebis" keuntungan daripada perniagaan yang baru dibina.


Sebaliknya peniaga Cina menggunakan keuntungan perniagaan untuk menghasilkan semula wang. Mereka sukar untuk cepat merasa puas dengan apa yang mereka capai di dalam perniagaan. Setiap sen keuntungan yang diperoleh akan digunakan untuk menjadi modal pusingan bagi membesarkan lagi bisnes mereka.

Dalam masa yang sama, mereka laburkan wang untuk menambah aset. Antaranya dengan membeli rumah untuk anak-anak (terutamanya untuk anak-anak lelaki) atau untuk disewa. Mereka juga sangat berjimat cermat dan menyimpan wang dengan niat untuk menghantar anak mendapat pendidikan yang lebih baik. Jarang sekali peniaga Cina menghabiskan duit mereka untuk menukar kereta yang sedia ada atau menyolek kereta dengan "sport rim" dan sebagainya.


Analogi mudah untuk memahami aset dan liabiliti boleh didapati di sini, Personal Finance 101: Assets & Liabilities.


Usahawan Melayu perlu lebih berdisiplin dalam pengurusan aset dan libiliti masing-masing. Tidak salah untuk menukar kereta yang lebih baik bila  ada kemampuan. Walaubagaimanapun usahawan perlu bijak menimbang tara samada sesuatu aset itu adalah keperluan atau kehendak. Jika memakai kereta yang lebih "segak" di mata pelanggan adalah penting untuk menghasilkan jualan, pastikan kadarannya setanding dengan kemampuan. Berbelanjalah mengikut realiti poket kita, bukan dengan apa yang kita mahu orang lain rasa tentang kita.

Selain itu, sikap yang paling utama perlu ada pada usahawan adalah tidak cepat merasa puas dengan tahap yang dicapai sekarang. Mereka perlu sentiasa mencari jalan untuk mengembangkan perniagaan dengan memikirkan idea-idea baru dan segar.

Dengan asas yang kuat dan strategi yang berkesan, tidak mustahil usahawan Melayu boleh lebih berjaya dan membina gagasan perniagaan yang lebih besar dan gah setanding bangsa lain.


Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Saturday, August 14, 2010

E-Myth Edisi Bahasa Melayu. Tahniah PTS!


Alhamdulillah. Suatu lagi kejayaan PTS yang perlu saya puji. Sebaik terbaca News Feed Tuan Fauzul Naim, GM PTS tentang terbitan E-Myth di dalam Bahasa Melayu, terus hati terpanggil untuk mencoret di sini.

Buku E-Myth merupakan antara bacaan terawal kami sebaik sahaja menubuhkan syarikat Enterprise 3 tahun dahulu. Buku "paperback" tersebut masih dijaga rapi dan kerapkali menjadi bahan rujukan. Kami juga sering membawa buku ini ke Kursus Guangzhou 101 dan menggalakkan peserta mendapatkan senaskah dan membacanya. Saya baru berkira-kira mahu mengkhatam semula buku ini dan bila mengetahui ia sudah dialih bahasa oleh PTS, saya bercadang untuk mendapatkannya. Saya berazam untuk mengkhatamkan E-Myth di dalam bahasa ibunda. Mudah-mudahan segala tip dan saranan lebih melekat di hati dan senang diingati.

Saranan saya, semua usahawan perlu mewajibkan diri untuk membaca buku ini. Sekarang edisi Bahasa Melayu sudah diterbitkan, maka tiada alasan lagi untuk tidak membacanya. Lebih sejuta naskah karya asal sudah terjual dan saya yakin sudah banyak SME mendapat manfaat dari buku karya Michael E Gerber ini, termasuk kami sendiri. Anda bila lagi?

  Image dari laman web PTS

Dapatkan naskhah anda sekarang di BookCafe PTS!


Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Wednesday, August 11, 2010

Tip Menjadi Usahawan Borong China

Ramai yang menyangka penentu kejayaan bagi sesebuah perniagaan bergantung kepada jumlah nilai pelaburan atau modal yang dikeluarkan. Namun itu bukanlah faktor utama yang menyumbang ke arah jatuh bangunnya sesebuah bisnes. Kunci emas untuk berjaya menjadi usahawan borong adalah dengan memahami kehendak pasaran.

Bagaimana mahu memahami kehendak pasaran? Formulanya amat mudah iaitu FED.

1. Festive (Perayaan)
2. Event (Peristiwa)
3. Demand (Permintaan/Bekalan)


Di Malaysia, kehendak pasaran banyak bergantung kepada musim perayaan. Sebagai contoh, di dalam industri penerbitan buku, strategi yang diguna pakai adalah menerbitkan judul-judul buku menepati "musim" dan selera ulat-ulat buku pada waktu itu. Misalnya, apabila tiba bulan Ramadhan, masyarakat mula mencari buku-buku yang bertemakan ibadah puasa. Sebagai contoh, buku rujukan agama tentang amalan sunnah di bulan Ramadhan, buku resepi untuk juadah bersahur dan berbuka puasa dan seumpamanya. Contoh terbaik adalah kempen BACA@Ramadhan yang dianjurkan oleh PTS.

Pada masa yang sama, siaran televisyen akan mula menyiarkan siaran yang berkisar tentang puasa Ramadhan seperti rancangan membuat kuih raya. Stesen-stesen radio juga mula memainkan lagu-lagu ketuhanan dan iklan produk-produk laris di bulan Ramadhan. Peniaga-peniaga pula mula menjual persiapan hari raya seperti kuih raya, pakaian, kasut, langsir dan dan sebagainya. Pendek kata, semua institusi yang berteraskan keuntungan akan menggunakan tema perayaan sebagai strategi pemasaran untuk melariskan jualan.

Faktor kedua adalah peristiwa. Contoh termudah adalah Piala Dunia Bola Sepak yang baru sahaja berakhir bulan lepas. Seluruh dunia berpesta bola dan yang beruntung adalah peniaga yang tahu menghidu peluang. Hampir kesemua serba-serbi daripada pakaian, hiasan diri, hiasan bilik, makanan, permainan kanak-kanak, kasut, buku, alat tulis, stiker dan sebagainya bertemakan pasukan bola sepak.

Siapakah pembekal kepada barang-barang tersebut? Sudah tentu usahawan borong yang sedang bergembira mengira keuntungan yang berlipat kali ganda. Semasa rombongan kami ke China pada bulan Mei yang lepas, ramai saudagar-saudagar dari Timur Tengah sedang berkampung di negara tersebut. Hajat mereka tidak lain selain memborong barangan bertemakan Piala Dunia yang bakal menjelang waktu itu.

Faktor terakhir yang tidak kurang pentingnya adalah permintaan dan bekalan. Jika barang A mempunyai permintaan yang tinggi tetapi bekalan di pasaran tidak mencukupi, maka harga A pasti akan meningkat. Sebagai contoh, suatu ketika dahulu seluruh dunia digemparkan dengan penyebaran wabak H1N1. Pada waktu itu semua dikehendaki untuk menutup hidung dan mulut menggunakan penutup muka. Akibatnya, harga penutup muka meningkat secara mendadak. Ini kerana permintaan yang terlampau tinggi dan bekalan yang tidak mencukupi.




Usahawan borong harus tangkas mengenal pasti peluang-peluang sebegini. Jika usahawan berada di waktu dan ketika yang tepat di dalam pasaran, keuntungan besar dapat diraih dalam masa yang singkat. Mereka hanya perlu peka kepada perubahan selera pelanggan dan menghidu kehendak semasa bagi mengaut pulangan yang maksima.

Cara yang terbaik adalah dengan membuat kajian di internet dan membaca suratkhabar untuk mengetahui permintaan semasa. Dengan memahami kehendak pasaran, usahawan borong boleh mengambil peluang dan memborong dari negara China keperluan yang mendapat permintaan tinggi dan menjualnya kepada peruncit-peruncit.

Jika usahawan borong mampu menguasai 3 ruang dan peluang ini (FED), potensi untuk memacu bisnes ke hadapan adalah lebih cerah dan lebih terancang. Apa yang usahawan borong perlu lakukan adalah membuka mata, memasang telinga dan berfikir secara kreatif, insya-Allah, pasti berjaya!


Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.