Showing posts with label Tambah Pendapatan Sampingan. Show all posts
Showing posts with label Tambah Pendapatan Sampingan. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Menjana Pendapatan Sampingan

Souce

Ramai peserta WoHoWo meluahkan perasaan bahawa mereka mahu berhenti kerja dan bekerja dari rumah sepenuh masa. Ini adalah keluhan biasa wanita bekerjaya. Walaubagaimanapun, dengan keadaan ekonomi sekarang, "one-bread-winner" adalah tidak mencukupi. Harga barangan keperluan dapur yang meningkat, yuran tadika, sekolah dan kelas tambahan yang tinggi, harga minyak yang baru sahaja dinaikkan akan menyukarkan lagi seseorang ibu bekerjaya untuk membuat keputusan nekad tersebut.

Selain daripada itu, ramai juga yang masih tertanya-tanya, apakah cara yang terbaik untuk menambah pendapatan yang sediada. Kita sering membaca kidah-kisah kejayaan wanita di luar sana yang berjaya mencipta kejayaan dan kekayaan melalui pendapatan sampingan. Apa yang pasti, peluang untuk menjana pendapatan tambahan sangat luas dan tidak terhad kepada suatu cara sahaja.

Antara kaedah-kaedah yang banyak dipraktiskan adalah seperti berikut:

1. Multi Level Marketing (MLM): Ramai wanita bekerjaya mengambil peluang untuk menjalankan bisnes ini. Ini kerana MLM biasanya dikendalikan oleh syarikat bermodal besar dan mempunyai tim kerja yang ramai. Segala bentuk kaedah pemasaran dan produk sudah tersedia. Mereka yang berminat untuk menyertai skim ini hanya perlu menjalankan kerja turun padang iaitu berjumpa pelanggan dan membuat promosi. Walaubagaimanapun, perkara yang perlu dikenal pasti adalah samada MLM yang dijalankan perlulah mengikut syari'at Islam sebelum menceburkan diri di dalam bidang ini. StormReaders adalah salah satu bentuk MLM yang unik kerana ia menepati kehendak Islam dan berkonsepkan penyebaran ilmu melalui buku.

2. Menjual produk secara online: Sudah menjadi trend semasa, ibu-ibu moden kini sudah berjinak-jinak menjual secara online. Antara produk yang dijual adalah pakaian bayi dan kanak-kanak, beg tangan, pakaian wanita, tudung dan bermacam-macam lagi. Pencek kata, bukan sahaja kedai-kedai online tumbuh seperti cendawan, malah jumlah hasil jualan melalui online juga meningkat kerana pengguna internet Malaysia sekarang sudah yakin untuk membeli secara maya. Produk-produk ini kebanyakannya diambil dari negara China memandangkan China adalah pengeluar utama barangan harian di sekeliling kita. Margin keuntungan juga sangat lumayan dan boleh mencecah 1000%. Di dalam bengkel WoHoWo, kami akan berkongsi tentang peluang perniagaan borong yang ada di negara China.

3. Perkhidmatan, pendidikan dan kemahiran:
Perkhidmatan untuk mengajar tuisyen, menjahit dan membuat kelas jahitan, membuat kek dan muffin dan membuat kelas masakan, membuat kursus membina laman web dan konsultansi adalah antara cara popular untuk menambah pendapatan bagi mereka yang bekerja sepenuh masa. Kaedah ini sesuai dilakukan di hujung minggu dan tidak mengambil masa yang banyak.

4. Membuat duit dengan blog: Ini merupakan suatu peluang yang sangat luas dan masih di kategori "laut biru" bagi rakyat Malaysia. Ramai yang mempunyai blog tetapi majoriti sahaja yang tahu membuat duit melalui blog. Bagi mereka yang mahu meneroka bidang ini, WoHoWo menyediakan platform untuk memberikan latihan dan bimbingan bagi menjadi usahawan "blogger".

4 kaedah di atas adalah antara cara-cara untuk menjana pendapatan sampingan yang popular. Semuanya boleh dibuat secara sambilan dan jika pendapatan yang diperoleh mencecah lebih dua kali ganda daripada gaji dan berterusan selama setahun, ibu-ibu bolehlah tersenyum lega untuk menghantar surat melepaskan jawatan yang sedia ada. Pendapatan yang dijana sebelum mengambil keputusan untuk berhenti kerja haruslah sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada gaji. Ini kerana, banyak kemudahan seperti perubatan keluarga yang dulunya ditanggung oleh syarikat kini sudah menjadi tanggungan mutlak kita.


Souce
Oleh yang demikian, jangan tunggu sehingga hari esok untuk mula mengusahakan sesuatu. Mulakan ia hari ini. Berbincanglah dengan suami agar suami juga redha dan sama-sama membantu usaha murni kita untuk mencari pendapatan tambahan.

Carilah mentor yang sudah berjaya sebagai tempat rujukan dan pencetus idea. Rakan niaga yang bersinergi juga diperlukan agar kita sentiasa bersemangat dan tidak mudah putus asa dengan rencam dunia bisnes. Yang paling utama, berdoalah agar Allah memberikan kita ilham perniagaan yang paling serasi dengan kita melalui malaikat-malaikat yang hampir dengan-Nya.

Wallahua'lam.

Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 15 Januari 2011. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Sunday, November 14, 2010

Kursus Usahawan Borong China November: Selesai!


Alhamdulillah, kursus pada bulan November telah berlabuh tirai pada hari Sabtu yang lepas. Bermula jam 2.30 dan berakhir sewaktu azan magrib, kesemua 9 peserta memberikan komitmen yang sangat tinggi sepanjang kursus berlangsung.

Kami sangat teruja kerana 2 peserta telah pun membeli tiket ke Guangzhou China sehari selepas kursus berakhir! Tahniah kerana memilih untuk bersama kami dalam trip Borong ke Guangzhou Januari 2011 ini. Insya-Allah kami yakin ia adalah suatu pelaburan yang bermanfaat untuk bisnes Tuan/Puan.

Kepada semua yang hadir, gambar-gambar boleh dilihat di laman FB kami.

Jika ada kemusykilan dan soalan, bolehlah berhubung terus dengan Tuan Nizar atau Tuan Shuaib sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Kursus Borong China yang bakal diadakan di bulan Disember 2010 (mungkin yang terakhir untuk tahun ini) akan diadakan pada 4 Desember 2010, Sabtu di Wisma Bling Lustre. Berminat? Hubungi kami untuk mendaftar!

Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 4 Disember 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Thursday, November 11, 2010

Konsep Perniagaan Nasi Padang

Alhamdulillah, tim GMTC yang menyertai expedisi ke Bandung-Jakarta sudah selamat pulang. Banyak pengalaman menarik dari Bandung yang kami peroleh sepanjang 9 hari di sana.

Perkara yang paling mengujakan adalah daya inovasi yang sangat tinggi dapat dilihat pada peniaga makanan di sana. Memandangkan persaingan dalam bisnes adalah sengit kerana kesemuanya menjual makanan yang hampir sama, maka peniaga-peniaga jalanan mahupun restoran besar di Bandung mengambil pelbagai pendekatan kreatif untuk mempelbagaikan produk mereka.  

Sebagai contoh, Bakso dijual dengan pelbagai konsep. Bakto Atom misalnya mencari kelainan dengan memperkenalkan konsep bakso yang bersih dan suci serta bebas pengawet. Niche market Bakso Atom semestinya untuk mereka yang "health concious" dan mencari yang halal dan besih. (halalan wa toyyiban)

Bakso Enggal Malang pula menggunakan konsep "buffet" layan diri yang mana pelanggan memilih sendiri apa yang dia mahukan di dalam Bakso yang diletak terus di dalam mangkuk. Rasa bakso ini sungguh enak dan sungguh menepati citarasa kami. Menariknya, restoran besar ini pada asalnya merupakan sebuah peniagaan jalanan dan akhirnya berkembang maju sehingga kini. Warung asal Bakso Enggal Malang terletak berhadapan dengan restoran besarnya sekarang.

Konsep perniagaan yang paling menarik adalah bisnes restoran nasi padang. Kami berpeluang untuk menjamu selera di 2 buah restoran Nasi Padang di sana, Restoran Mitra Sederhana dan Restoran Simpang Raya. Konsep mereka adalah menghidang sebanyak-banyaknya lauk pauk yang disusun di atas meja pelanggan sebaik sahaja pelanggan duduk. Makanan yang dijamah sahaja yang akan dibilkan. Contohnya, jika di dalam satu pinggan lauk Gulai Lemak Telur diletakkan 3 biji telur, namun kita hanya makan sebiji telur, kita hanya perlu membayar untuk sebiji sahaja. Namun menurut supir yang membawa kami makan ke situ berkata, rakyat Malaysia rata-ratanya salah faham dan menyangka mereka perlu membayar untuk setiap pinggan yang dijamah walaupun bersisa. (tidak habis)

Konsep perniagaan nasi padang yang unik ini sesuai untuk pelanggan yang tidak mempunyai masa untuk menunggu makanan dimasak seperti ala-carte. Selain itu, pelanggan hanya perlu duduk di meja tanpa perlu beratur mengambil makanan ala-buffet seperti kebiasaan di kedai makan yang menjual lauk pauk di Malaysia. Pelayan restoran juga tidak perlu menunggu lama untuk pelanggan membuat pesanan makanan dan membaca menu makanan satu-persatu. Ini kerana semua lauk-pauk yang dimasak dihidangkan di atas meja, terpulang kepada setiap pelanggan samada untuk memakannya ataupun tidak.

Secara keseluruhannya, setiap peniaga perlu kreatif untuk mencipta keunikan di dalam bisnes masing-masing. Kita mungkin menjalankan bisnes barangan yang sama dengan jiran kita, tetapi ianya perlu berbeza dan ada kelainan. Ini akan mewujudkan persaingan yang sihat dan mencetuskan fenomena "Blue Ocean" di dalam bisnes kita.

Sebagai contoh, walaupun ramai yang membuat trip memborong ke negara China, kami mencipta kelainan dengan memperkenalkan konsep "Survivor Mode". Setiap usahawan yang dibawa ke China akan diberi "personal coaching" dan tunjuk ajar untuk menggunakan kenderaan awam di Guangzhou untuk pergi ke plaza-plaza borong di sana. Ini adalah bonus bagi setiap usahawan borong kerana mereka akan lebih berkeyakinan untuk ke China sendirian tanpa memerlukan "tour guide" kerana mereka sudah menguasai perkara asas yang paling utama iaitu sistem pengankutan Guangzhou.

Mahu sertai kami ke China? Daftar sekarang! berikut adalah tarikh-tarikh rombongan ke China yang dibuka untuk pendaftaran:
  • JUNE 2011 : 2/6-6/6 (Open for registration) 
  • MARCH / APRIL 2011 : 30/3-3/4 (Open for registration) 
  • JANUARY 2011 : 6/1- 10/1(Open for registration) 
  • DECEMBER 2010 : 16/12-20/12 (Open for registration. Few more seats available)



Siapakah GMTC?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 13 November 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

Sunday, October 31, 2010

WoHoWo Mom Workshop Series

Alhamdulillah, WoHoWo 1 sudah pun selesai semalam. Wisma Bling Lustre penuh meriah dengan kehadiran WoHoWo "Mom, Dad & Kids"! Kami selaku penganjur sungguh teruja dengan kerjasama kaum bapa yang turut hadir untuk memberi sokongan kepada isteri dan menjaga anak-anak yang seronok bermain di Bling Lustre.



Apa yang kami kongsikan di WoHoWo 1?

WoHoWo 1 adalah bengkel untuk mereka yang baru mahu berjinak-jinak untuk mencari pendapatan tambahan tanpa perlu meninggalkan pekerjaan yang sediada. Di dalam segmen pertama, kami membedah siasat punca-punca ibu (dan bapa) bekerjaya memerlukan pendapatan tambahan. Selain itu kami juga mengenalpasti mengapa ramai yang masih belum berjaya untuk mencari "side-income" yang sesuai dengan kesibukan bekerja dan menguruskan keluarga.

Segmen seterusnya berkisar tentang "How To.." dan terbahagi kepada dua bahagian. Puan Lyna (Mysuperkids), ibu kepada 2 orang anak ini berkongsi bagaimana beliau membuat duit secara online (blogging). Beliau juga mendedahkan bagaimana ibu bekerjaya yang lain boleh berjaya membuat duit melalui online. Puan Azie pula menceritakan bahagaimana beliau membuat bisnes barangan muslimah di bawah label MaxAzaria Enterprise dan membantu suami menguruskan G Minds Group Sdn Bhd - sebuah syarikat yang memberi latihan keusahawanan memborong dari negara China. Great Minds Training yang ebrnaung di bawah G MInds Group menganjurkan dua program untuk Usahawan Borong China iaitu Guangzhou 101: Kursus Borong China dan Guangzhou 102: Trip Memborong ke China.

Puan Lyna dan Puan Azie masing-masing bertugas sebagai jurutera.



Segmen ketiga diteruskan dengan memberi panduan kepada peserta bagaimana mahu memulakan perniagaan. Elemen-elemen penting yang perlu ada di dalam sesebuah bisnes didedahkan kepada peserta-peserta. Mereka juga diberi tugasan untuk membuat pelan perniagaan masing-masing setelah mendengar perkongsian bagaimana Puan Lyna dan Puan Azie mampu menjana pendapatan tambahan. Segmen keempat mengakhiri bengkel dengan penerangan tentang peluang memantapkan ilmu keusahawanan dan program lanjutan yang disediakan di dalam Siri WoHoWo.

WoHoWo 1 akan kembali lagi di atas permintaan ramai. tarikh seterusnya adalah pada 20 November 2010, Sabtu, 9-1pm di Wisma Bling Lustre, Puchong.



Akhir kata, terima kasih kepada para peserta WoHoWo 1 di atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan di sepanjang WoHoWo 1 semalam. Jumpa lagi di waktu akan datang di platform yang sama insya-Allah. Kami doakan agar suntikan idea yang telah dikongsikan mampu untuk mengubah persepsi masing-masing tentang "kita boleh" dan "kita mampu" untuk melakukan perubahan dengan izin Allah!

Jangan lupa kepada pesanan kami, jadikan Allah sebagai "bisnes partner" kita di dalam bisnes yang diusahakan - Insya-Allah berjaya. Amin.