Monday, October 4, 2010

Amalan Bisnes Orang Cina


Keuntungan perniagaan dilaburkan semula untuk perniagaan bukan untuk kemewahan

Peniaga Cina sangat cermat dalam berbelanja. Setiap sen yang diperoleh hasil daripada aktiviti bisnes mereka akan dilaburkan semula sebagai modal pusingan. Dalam erti kata lain, mereka sangat berdisiplin dan menjaga akaun kira-kira perniagaan dengan teliti.

Berlainan pula dengan sesetengah kelompok peniaga Melayu. Hasil perniagaan dibelanjakan untuk perkara-perkara kemewahan yang bertujuan untuk menunjuk bahawa "bisnes aku sudah maju dan berkembang." Kebanyakan keuntungan bisnes dilambakkan kepada aksesori kereta dan beg-beg dan perabot rumah berjenama mewah.

Nasihat Tuan Ann Wan Seng di dalam bukunya "Rahsia Bisnes Orang Cina" terbitan PTS adalah peniaga baru perlulah bersikap sederhana. Tidak ada gunanya mempunyai premis perniagaan yang cantik, kereta mewah dan berpakaian seperti tokoh koporat besar jika perniagaan lingkup separuh jalan. Semuanya itu akan datang dengan sendiri apabila perniagaan mula stabil dan mendatangkan pulangan yang lumayan. (m/s 34)

Seorang lagi tokoh kewangan tersohor, Tuan Shamsudin Kadir menyarankan langkah untuk mengelakkan kita daripada berbelanja pada perkara-perkara yang tidak perlu adalah dengan tidak membeli dan membaca majalah-majalah yang penuh dengan kemewahan dunia yang sebenarnya di luar kemampuan kita. Sebagai contoh majalah kereta, majalah menghias rumah dan sebagainya. Majalah-majalah ini akan mendorong nafsu kita untuk membuat belian spontan kerana kita terpengaruh dengan paparan menarik di dalamnya.



Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 16 Oktober 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini. 

No comments:

Post a Comment