Tuesday, October 5, 2010

Etika Bisnes Rasulullah VS Taktik Peniaga Cina

Peniaga Cina sangat kaya dengan taktik. Orang Melayu kadangkala suka memukul rata dengan mengatakan semua peniaga Cina menggunakan penipuan untuk mendapatkan keuntungan. Ini sebenarnya sangat bertentangan dengan sikap dan jati diri sebenar peniaga Cina yang berjaya.

Taktik yang diguna pakai oleh peniaga Cina pada dasarnya menggunakan konsep menang-menang. Jika ada kelompok yang menggunakan taktik kotor dan seumpanya, sebenarnya peniaga itu hanya merugikan diri sendiri kerana pelanggan akan hilang keyakinan dan kepercayaan. Mustahil peniagaan yang berlandaskan penipuan akan maju dan kekal lama. Mari kita lihat semula kedai-kedai peniaga Cina yang masih lagi beroperasi setelah sekian lama dan kekal utuh. jika dikaji, peniaga-peniaga ini mempunya hubungan yang baik dengan pelanggan. Pelanggan yang sama akan kekal setia dan akan terus menerus berbelanja di kedai yang sama. Bukan itu sahaja, malah anak-anak dan cucu-cucunya juga berbelanja di kedai yang sama. Ini kerana peniaga-peniaga Cina sentiasa berusaha untuk menambat hati pelanggan-pelanggannya dengan sentiasa ramah dan manis muka, memberi diskaun dan hadiah percuma kepada pelanggan setianya. Jarang sekali kita ketemu dengan peniaga Cina yang bermuka masam dan berat mulut apabila pelanggan masuk ke kedai.

Selain itu peniaga Cina sangat teliti dan tekun dalam urusan perniagaan. Sebagai contoh, ramai orang Melayu lebih cendurung untuk memanggil kontraktor Cina bagi membuat ubahsuai rumah, membaiki paip rosak, memasang lampu di rumah, menjahit pakaian dan lain-lain lagi. Ini kerana orang Melayu sendiri yakin percaya dengan hasil kerja kaum Cina. Mengapa ini berlaku? Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana peniaga Cina lebih telus dan jujur dan setiap urusan. Mereka lebih rela mendapat keuntungan yang sedikit asalkan pelanggan gembira dan akan menggunakan khidmat mereka semula di masa akan datang. Lebih menguntungkan ialah pelanggan yang gembira akan menyarankan rakan-rakan dan ahli keluarganya untuk menggunakan perkhidmatan dari peniaga Cina yang sama. Ini merupakan keuntungan berlipat ganda bagi peniaga tersebut hasil daripada sikapnya yang mengambil berat tentang pelanggan-pelanggannya.

Antara sikap yang disenangi oleh pelanggan ialah peniaga Cina membenarkan proses tawar-menawar berlaku. Pelanggan akan berasa seronok dan akan datang kembali apabila peniaga memberikan diskaun (yang munasabah tanpa menyebabkan kerugian) kepada mereka.

Sebenarnya, etika dan taktik yang diamalkan oleh usahawan Cina di dalam bisnes bukanlah sesuatu yang janggal atau asing dengan nilai-nilai Islam. Sebaliknya itulah etika bisnes Islami yang sebenar. Namun tidak ramai usahawan Muslim yang mampu menghayati dan mengamalkan semua etika yang digariskan oleh Islam.

Antara etika bisnes Islami yang perlu ada di dalam setiap bisnes Muslim adalah:
1. Barang/Servis yang diniagakan/diberikan adalah halal di sisi syara'
2. Ramah mesra dengan pelanggan, elakkan tinggi diri dan sombong semasa berurusan dengan pelanggan
3. Saling tolak-ansur, bekerjasama dan sama-sama membantu peniaga Muslim yang lain
4. Sentiasa berkata benar dan jujur. Tidak memberi sumpah/saksi palsu semata-mata untuk meyakinkan pembeli


Buku yang baik untuk dibaca oleh semua Usahawan Muslim ialah "Jejak Bisnes Rasulullah", hasil karya Dr Mohamed Sulaiman dan Tuan Aizuddin Zakaria, terbitan PTS. Berikut adalah sinopsis buku berkenaan:


Nabi Daud pakar bertukang besi. Nabi Sulaiman terkenal dengan kerajaan dan pemerintahannya. Nabi Nuh hebat membangun kapal. Manakala Nabi Isa pula pandai ilmu perubatan. Siapa sangka nabi dan rasul utusan terakhir merupakan insan paling unggul dalam pengurusan bisnes, Muhammad bin Abdullah SAW. Berketurunan Quraisy yang bermaksud 'hartawan'. Jejak Bisnes Rasul, mengajak kita meneropong sejarah tinggalan Muhammad SAW melalui dimensi bisnes. Kita boleh merenung semula cara mengurus manusia dan bisnes yang klasik dan malar segar sepanjang zaman.

Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursusGuangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Kursus Usahawan Borong yang akan datang adalah pada 16 Oktober 2010. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

No comments:

Post a Comment