Monday, June 28, 2010

Guangzhou 101: Jun 2010

Alhamdulillah, Kursus Usahawan Borong Guangzhou 101 telah berlangsung dengan jayanya di WBL pada Sabtu yang lepas. Terima kasih di atas maklumbalas positif dan cadangan membina yang telah diberikan oleh semua. Pihak GMTC sangat-sangat menghargai kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh usahawan-usahawan borong sekalian dan berharap akan bertemu kembali di Guangzhou 102, Insya-Allah.

Secara keseluruhannya, usahawan-usahawan borong berpuas hati dengan konsep santai dan 'homey'  Guangzhou 101. Rata-rata hampir semua memberikan rating yang baik pada borang maklumbalas berkenaan tempat kursus dijalankan iaitu di Bling Lustre. Suasana 'vogue' santai Wisma Bling Lustre sangat membantu proses input output Guangzhou 101 berjalan dengan lancar dan Insya-Allah pihak GMTC akan mengadakan lagi program-program akan datang di sana.

Kepada semua Graduan Guangzhou 101, selamat maju jaya dan moga-moga usaha kecil kami berkongsi pengalaman bersama akan menghasilkan impak maksima kepada perniagaan masing-masing, Insya-Allah. Mohon maaf atas segala kekurangan sepanjang kursus diadakan, sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan segala kekurangan adalah dari kami sendiri. Kita berjumpa lagi di China ok!

Sebelum program bermula

Kelas santai..seperti berada di rumah

Usahawan borong sabar menanti

Bila nak mula ni..

Tekun menimba ilmu

Guangzhou 101 live

Guangzhou 101 live

Half time- Guangzhou 101 berhenti rehat

2nd half: Guangzhou 101

Penerangan lanjut di luar kelas

Guangzhou 101 babies

Guangzhou babies kepenatan

No comments:

Post a Comment