Thursday, June 24, 2010

Kursus Usahawan Borong China

Assalamualaikum wrh wbt,

Pertama sekali kami berbesar hati melancarkan blog santai Great Minds Training and Consultancy, "Usahawan Borong China" untuk memberi maklumat yang lebih dinamik dan "live' kepada mereka yang mahu belajar tentang cara-cara memborong barang dari China. Website "saudara kembar" akan dikekalkan untuk menyampai maklumat-maklumat rasmi tentang program kami. Kami juga berhasrat untuk menjadikan blog ini sebagai tempat perkongsian ilmu kepada usahawan-usahawan Muda (atau lebih sinonim dengan Gen-Y) mahupun usahawan berpengalaman agar kita sama-sama dapat membina rangkaian perniagaan yang berjaya dan diredhai Allah hendaknya.

Sejujurnya, pergi ke China bukanlah sesuatu yang "Rocket Science" dan merumitkan, namun harus diingatkan, ia merupakan suatu pelaburan, bukannya suatu percutian. Kita ambil contoh untuk melakukan ibadah umrah ataupun haji ke Tanah Suci Mekah. Mereka yang berhasrat untuk melakukan ibadah Haji mahupun Umrah perlu belajar, berguru dan menghadiri kursus untuk memantapkan kefahaman tentang ibadah berkenaan. Begitu juga ke China, tanpa bimbingan dan "main redah" sahaja akan melambatkan proses anda untuk mendapatkan apa yang anda impikan. Pengalaman mengajar kita untuk kenal dan cinta, bimbingan pula memudahkan kita untuk mengenal dan mencintai. Bak kata Nizar semasa Perview Wholesale Master Course : Guangzhou 101 di Wisma Bling Lustre tempoh hari, "Tak kenal maka tak cinta - kesimpulannya, kena hadiri Kursus Usahawan Borong China supaya dapat mengenal China." Bila anda sudah sampai ke China, insya-Allah, confirm jatuh cinta!

Akhir kalam, bagi pihak Great Minds Training and Consultancy, kami mengajak usahawan-usahawan semua untuk membuka minda dan berlapang dada. Keberadaan kami adalah untuk berkongsi rasa, cerita dan pengalaman agar lebih ramai lagi Usahawan Muslim dapat memanjangkan langkah ke Tanah Besar China dan mudah-mudahan usaha kecil kami dapat membantu membangunkan ekonomi Ummah! Amin.

Maklumat lanjut tentang Kursus Usahawan Borong China atau nama panjangnya - Wholesale Master Course: Guangzhou 101 dan Ground Package ke China: Guangzhou 102 boleh didapati di sini.

No comments:

Post a Comment