Saturday, August 14, 2010

E-Myth Edisi Bahasa Melayu. Tahniah PTS!


Alhamdulillah. Suatu lagi kejayaan PTS yang perlu saya puji. Sebaik terbaca News Feed Tuan Fauzul Naim, GM PTS tentang terbitan E-Myth di dalam Bahasa Melayu, terus hati terpanggil untuk mencoret di sini.

Buku E-Myth merupakan antara bacaan terawal kami sebaik sahaja menubuhkan syarikat Enterprise 3 tahun dahulu. Buku "paperback" tersebut masih dijaga rapi dan kerapkali menjadi bahan rujukan. Kami juga sering membawa buku ini ke Kursus Guangzhou 101 dan menggalakkan peserta mendapatkan senaskah dan membacanya. Saya baru berkira-kira mahu mengkhatam semula buku ini dan bila mengetahui ia sudah dialih bahasa oleh PTS, saya bercadang untuk mendapatkannya. Saya berazam untuk mengkhatamkan E-Myth di dalam bahasa ibunda. Mudah-mudahan segala tip dan saranan lebih melekat di hati dan senang diingati.

Saranan saya, semua usahawan perlu mewajibkan diri untuk membaca buku ini. Sekarang edisi Bahasa Melayu sudah diterbitkan, maka tiada alasan lagi untuk tidak membacanya. Lebih sejuta naskah karya asal sudah terjual dan saya yakin sudah banyak SME mendapat manfaat dari buku karya Michael E Gerber ini, termasuk kami sendiri. Anda bila lagi?

  Image dari laman web PTS

Dapatkan naskhah anda sekarang di BookCafe PTS!


Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

No comments:

Post a Comment