Tuesday, August 17, 2010

Memulakan Bisnes Sendiri Bahagian II

Ramai di antara kita yang terikat dengan kerjaya 8-5. Ada juga yang menjadikan "makan gaji" sebagai alasan untuk tidak memulakan perniagaan. Alasan-alasan popular mereka yang biasa kita dengar:

"Saya sibuk."

"Saya tiada masa untuk berniaga."

"Gaji saya kecil. Mana ada cukup modal untuk memulakan perniagaan."

"Saya mahu kerja sampai pencen!"


"You are what you think you are" - anda adalah apa yang anda fikirkan. Jika anda merasakan diri anda sibuk dan tidak dapat memulakan perniagaan, maka "pemikaran" itulah yang akan menjerat anda di dalam kepompong kesibukan. Jika anda beranggapan modal yang besar perlu untuk memulakan bisnes, sampai ke akhirnya anda ragu-ragu untuk bermula kerana alasan belum cukup modal.

Fenomena yang lagi parah ialah apabila seseorang itu "menganut" fahaman bahawa dirinya akan bekerja sehingga umur persaraan! Ini meletakkan dirinya di dalam zon selesa dan tidak mahu berfikir bagaimana mahu mencari ruang dan peluang untuk menjana pendapatan. Kerjaya masa kini sungguh kompetitf dan berdaya saing yang amat tinggi. Jika hari ini anda memegang jawatan eksekutif di syarikat A, hari esok belum tentu lagi jawatan itu milik anda.

Jihad ekonomi bukanlah tugas "Ustaz-ustaz yang berkopiah dan berserban." Ia adalah tanggungjawab kita semua. Contoh yang mudah, gaji bulanan seorang guru adalah RM3000, jumlah kasar zakat pendapatan bulanan yang perlu dibayar (tanpa menolak perbelanjaan asas lain) adalah 2.5% iaitu RM75. Guru tersebut pada masa yang sama mempunyai kedai online yang menjual pakaian kanak-kanak dan menjana sejumlah RM3000 juga sebulan. Maka jumlah kasar zakat perniagaan yang perlu dibayar juga adalah RM75 sebulan.

Jelas di sini bahawa membuat bisnes bukan sahaja memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga, malah menjana sumber kewangan kepada Pusat Zakat untuk diagihkan kepada mereka yang lebih memerlukan. Islam adalah agama yang dinamik. Andainya setiap individu Muslim berfikiran dinamik seperti - "Aku mahu berbisnes supaya boleh membayar zakat lebih dari apa yang aku bayar sekarang!" sudah pasti umat Islam menjadi umat yang terkaya lagi bertaqwa.

Bagi bakal-bakal usahawan yang baru hendak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan, buku yang sangat sesuai untuk dijadikan kitab rujukan adalah "Memulakan Bisnes Sendiri" hasil karya Sifu PTS, Puan Ainon Mohd. Buat peserta Kursus Guangzhou 101 pada hari Ahad ini, dapatkan naskhah anda dan juga buku terbaru, E-Myth edisi Bahasa Melayu dari kami di Wisma Bling Lustre nanti. Antara ulasan menarik yang berkenaan buku ini boleh dibaca di sini.

Isi Kandungan buku ini: (dipetik dari laman web ini)

Memulakan Bisnes Sendiri memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri.
Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini:
-Bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan.
-Bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes.
-Bagaimana memilih rakan kongsi.
-Bagaimana syarikat dirompak.
-Perkara baik yang membahayakan.
-Restoran Cina dan restoran nasi Padang.

Kandungan

Bahagian 1:
Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri
Kisah Benar Seorang Jutawan
Bakat Bisnes
Calon Isteri untuk Calon Usahawan
Halangan Keluarga
Rekod Sebelum Berniaga
Menyediakan Anak Menjadi Usahawan
Biasiswa dan Bisnes

Bahagian 2: Mitos dalam Dunia Bisnes
Usahawan, Cinta dan Seks
Formula Berjaya dalam Bisnes
Orang Bisnes dan Risiko
Pandai Bersaing
Bisnes Part-Time
Semua Orang Boleh
Imej Penting untuk Bisnes
Pelanggan Kaya
Usahawan Cina Bunuh Melayu
Berniaga dengan Keluarga
Jurujual Hanya bagi Bisnes Besar

Bahagian 3: Memilih Syarikat dan Sektor Bisnes
Memilih Jenis Syarikat
Mencari Nama Syarikat
Memilih Jenis Bisnes
Bisnes Pengeluaran
Bisnes Berdagang
Bisnes Perkhidmatan
Mulakan Secara Kecil-kecilan

Bahagian 4: Perkara Baik yang Membahayakan
Duit Banyak
Bisnes Terlampau Baik
Bisnes Terlalu Laku

Bahagian 5: Motivasi Memulakan Bisnes
Apa Sebab Hendak Berniaga
Pandai Membuat Produk
Menyelesaikan Masalah Kewangan
Hendak Menjadi Jutawan
Peluang Mendapat Bisnes
Mempunyai Modal Berniaga
Berniaga Sebab Diajak Berniaga

Bahagian 6: Latar Belakang Usahawan Baru
'Orang Pandai' Memulakan Bisnes
Pekerja 'Cemerlang' Membuat Bisnes
Orang Korporat Membuka Bisnes
Lulusan Luar Negara Membuka Bisnes
Isteri Orang Kaya Mahu Berniaga
Anak Orang Kaya Mahu Berniaga

Bahagian 7: Politik dan Usahawan
Berkawan dengan Orang Politik
Bantuan Orang Politik
Aiskrim Orang Politik

Bahagian 8: Memilih Rakan Kongsi
Mencari Rakan Kongsi
Memilih Rakan Kongsi
Dua Rakan Kongsi
Rakan Kongsi RM 1
Rakan Kongsi Tanpa Modal
Rakan Kongsi Tidur
Rakan Kongsi Suami Isteri
Majikan Sebagai Rakan Kongsi
Rakan Kongsi Nasi Padang
Bercerai dengan Rakan Kongsi

Bahagian 9: Bagaimana Syarikat Dirompak
Dirompak oleh Rakan Kongsi Sendiri
Dirompak oleh Pengerusi Sendiri
Dirompak oleh Kakitangan Sendiri
Dirompak oleh Konsultan Sendiri
Merompak Syarikat Sendiri

Bahagian 10: Perniagaan Gerai dan Restoran
Membuka Kedai Makan
Kalah Bersaing
Menjaga Pembekal
Menolong Jiran Niaga
Memilih Kedudukan Gerai
T. V, Radio dan Anak-anak
Meja Restoran Cina
Pinggan Restoran Cina
Pinggan Restoran Nasi Padang

Bahagian 11: Gol Sebagai Senjata Kejayaan
Gol Sebagai Senjata Kejayaan

Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

No comments:

Post a Comment