Friday, August 20, 2010

Mengapa Usahawan Melayu Lambat Kaya?

Pernahkah anda tertanya mengapa ramai usahawan Melayu yang sudah lama berkecimpung di dalam bisnes masih belum kaya-raya?

Pernahkah anda berjumpa dengan pelajar berbangsa Cina dari Malaysia yang belajar di luar negara di bawah tajaan FAMA (Father and Mother)? Setelah berbual lama baru anda ketahui bahawa ayahnya adalah seorang peniaga kedai runcit dan ibunya seorang surirumah, bukanlah anak Dato' YTL yang anda sangkakan di awal pertemuan?

Mengapa ia berlaku?

Jawapannya sangat mudah.

Kebanyakan usahawan Melayu berbelanja hasil daripada keuntungan bisnes dengan membeli liabiliti. Sebagai contoh, membeli kereta mewah di luar kemampuan sendiri, membesarkan (renovate) rumah dan menghiasinya dengan perabot mewah serta mula berjinak-jinak dengan hobi yang mahal. Dalam erti kata lain, mereka mula menukar gaya hidup setelah merasa "secebis" keuntungan daripada perniagaan yang baru dibina.


Sebaliknya peniaga Cina menggunakan keuntungan perniagaan untuk menghasilkan semula wang. Mereka sukar untuk cepat merasa puas dengan apa yang mereka capai di dalam perniagaan. Setiap sen keuntungan yang diperoleh akan digunakan untuk menjadi modal pusingan bagi membesarkan lagi bisnes mereka.

Dalam masa yang sama, mereka laburkan wang untuk menambah aset. Antaranya dengan membeli rumah untuk anak-anak (terutamanya untuk anak-anak lelaki) atau untuk disewa. Mereka juga sangat berjimat cermat dan menyimpan wang dengan niat untuk menghantar anak mendapat pendidikan yang lebih baik. Jarang sekali peniaga Cina menghabiskan duit mereka untuk menukar kereta yang sedia ada atau menyolek kereta dengan "sport rim" dan sebagainya.


Analogi mudah untuk memahami aset dan liabiliti boleh didapati di sini, Personal Finance 101: Assets & Liabilities.


Usahawan Melayu perlu lebih berdisiplin dalam pengurusan aset dan libiliti masing-masing. Tidak salah untuk menukar kereta yang lebih baik bila  ada kemampuan. Walaubagaimanapun usahawan perlu bijak menimbang tara samada sesuatu aset itu adalah keperluan atau kehendak. Jika memakai kereta yang lebih "segak" di mata pelanggan adalah penting untuk menghasilkan jualan, pastikan kadarannya setanding dengan kemampuan. Berbelanjalah mengikut realiti poket kita, bukan dengan apa yang kita mahu orang lain rasa tentang kita.

Selain itu, sikap yang paling utama perlu ada pada usahawan adalah tidak cepat merasa puas dengan tahap yang dicapai sekarang. Mereka perlu sentiasa mencari jalan untuk mengembangkan perniagaan dengan memikirkan idea-idea baru dan segar.

Dengan asas yang kuat dan strategi yang berkesan, tidak mustahil usahawan Melayu boleh lebih berjaya dan membina gagasan perniagaan yang lebih besar dan gah setanding bangsa lain.


Siapakah Great Minds Training and Consultancy?
Kami adalah syarikat latihan dan perundingan keusahawanan yang menawarkan kursus Guangzhou 101 khas untuk para usahawan yang berminat untuk memborong barangan terus dari negara China. Selain itu kami juga menganjurkan rombongan memborong ke China atau dikenali sebagai Guangzhou 102. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di sini.

No comments:

Post a Comment